Assalamu’alaikum…

Sardin Masak Kicap Bercili Simple dan Sedap – Seingat saya, tak pernah my mom beli ikan sardin pun masa saya kecil. Dulu dengan RM1, boleh dapat ikan selambak yang diikat dengan dawai. Masih ingat lagi, penjual ikan yang menjual ikan dengan menaiki basikal akan cucuk dawai tu dari insang ke mulut. Bila bunyi jer loceng, kami akan terus ke tepi jalan besar untuk membeli ikan.

Terus terang, saya tak pernah appreciate ikan segar kerana semua ikan yang dibeli masa saya di kampung adalah segar. Tambahan pula, my mom akan perap dulu ikan tersebut dengan garam dan kunyit selepas dikelar. Bila agak garam dah sebati, baru digoreng. Atau ikan direbus dulu sebelum digulai atau digoreng. Agaknya sebab rumah kami tak ada peti sejuk untuk menyimpan ikan. Itu sebab ikan direbus agaknya lah.

Cuma setelah berkahwin, baru saya tengok hubby meletakkan garam kunyit pada ikan yang tak dikelar pun dan terus digoreng. Mula mulanya saya tak suka kerana merasa isi ikan tawar seperti itu. Tapi kini baru saya mula belajar betapa sedap dan manisnya isi ikan yang segar. Di sini, barulah belajar betapa susahnya untuk mendapatkan ikan yang segar. Sila layari juga channel youtubenya klikk di SINI.

Berbalik pada sardin, hubby minta dimasakkan sardin kerana selepas menghantar kami balik, dia perlu keluar semula atas urusan kerja. Jadi tak sempat untuk singgah membeli makanan untuk makan malam kami. Jom kita layan resepi nya. Jom….

Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 2 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang
  • 3 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 5 – 7 sudu besar kicap manis
  • 5 biji cili api – diketuk
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 labu bawang besar – dipotong bulat
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit garam
  • Minyak

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  • Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
  • Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
  • Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
  • Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
  • Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
  • Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Sedap dan mudah sahaja kan¬†resepi Sardin Masak Kicap Bercili ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu dan rakan-rakan di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Cara Buat Ikan Tongkol Goreng Masak Asam Jawa yang Sedap

Sardin Masak Kicap Bercili Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *