Assalamu’alaikum…

Sambal Tumis Udang Terung Pipit Paling Mudah dan Senang – Dah makan malam hari ni? Menu apa agaknya ye. Kalau saya lebih suka menu ‘style’ kampung, macam mak selalu masak dulu-dulu waktu kecil, Siapa yang membesar di kampung mesti kenal ulam-ulaman kampung macam terung pipit ini. Selain di buat sambal campur dengan udang atau ikan bilis, terung ini juga sedap di rebus dan cicah dengan sambal picit.

Anak-anak sekarang agak kurang mengenali ulam-ulaman kampung. Contohnya anak saya sendiri, dia cakap terung pipit ini kacang peas. Bagi yang tak pernah masak terung pipit ni dan ingin mencubanya, sila masak hingga terung ini agak lembut kerana jika masih keras di luar itu tandanya belum masak. Ada sesetengah orang yang merebusnya terlebih dahulu sebelum masukkannya ke dalam sambal. Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup yang Mudah dan Simple Sangat untuk kawan-kawan semua. Jom, tak usah banyak cakap lagi…kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 600 gram udang harimau – bersihkan
  • 430 gram terung pipit
  • 1 labu bawang besar – mayang kasar1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar perencah Maggi Cukup Rasa
  • Garam (jika perlu)
  • Minyak

Tips: Pastikan sambal dimasak dalam minyak yang banyak, dan anda boleh buang lebihan minyak sebelum menghidang.

Bahan Kisar:

  • 20 biji cili kering
  • 20 biji cili padi minyak
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 biji bawang merah
  • 1 cm halia muda
  • 1 sudu kecil belacan

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak. Goreng terung pipit hingga layu. Angkat dan toskan.
  • Goreng udang sehingga berubah warna. Angkat dan toskan.
  • Tinggalkan 4 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng bawang besar hingga lalu dan kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak. Gunakan api panas sederhana.
  • Masukkan asam keping dan gula melaka parut. Gaul hingga mesra.
  • Masukkan isi udang harimau bersama terung pipit yang sudah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
  • Jika kurang perasa, boleh tambahkan garam atau gula.
  • Setelah masak sepenuhnya, padamkan api dapur. Kemudian hidangkan dengan dengan nasi panas dan lauk-lauk yang lain.

Tambahan

Khasiat Ubatan: Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. Bagi yg mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak, boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

Saya berharap bahawa apa yang saya kongsi dapat memberi manfaat kepada semua kawan saya. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka yang Sangat Sedap

Sambal Tumis Udang Terung Pipit Paling Mudah dan Senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *