Assalamu’alaikum…

Saya harap kawan-kawan selalu dalam keadaan sihat ye… Kali ini saya nak kongsikan masakan Sambal Tumis Ikan Cencaru pula, ia adalah salah satu hidangan dan makanan kegemaran yang saya sangat suka, ia pedas sedap dan juga sangat menyelerakan, hari ini makcik saya masak sambal tumis pedas guna lada blend, kebiasaan guna cili padi yang sebelum ini saya kongsikan.

Bahan sedikit sama dengan sambal tumis udang yang sebelum ini kami kongsikan. Memang masa nak menumis tu dia punya naik bau aroma yang sangat menusuk hidung.Kami kongsikan juga Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting insha Allah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera.

Bau sahaja dah sedap, terasa sedap dengan warna yang cantik kemerahan buat orang sekeliling pasti terliur nanti dengan kesedapan rasa sambal tumis ikan cencaru yang sangat dan sungguh selera ini. Bawah ini kami kongsikan bahan dan cara buat sambal tumis udang yang ringkas dan mudah disediakan oleh semua orang. Jom resepi kat bawah nie…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan cencaru – siang dan bersihkan
  • 10 sudu besar lada blend
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1/2 inci halia – ketuk
  • Garam, serbuk perasa, gula dan serbuk kunyit

Cara Membuatnya:

  • Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga garing.
  • Masukkan lada blend dan tumis hingga lada garing.
  • Masukkan ikan cencaru yang dah digoreng tadi ke dalam tumisan lada. Gaul rata.
  • Masukkan 1/2 cawan air dan gaul rata.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Biarkan mereneh seketika.
  • Bila dirasa telah matang, matikan api.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat. Tambah terangkat lah…

Petua Goreng Ikan yang Mudah dan Praktikal:

>>Cuci ikan dengan cermat sebelum digoreng. Salah satu sebab ikan meletup-letup apabila digoreng adalah kerana ianya masih mempunyai banyak cairan di dalamnya, seperti ikan keli yang biasanya berlendir. Untuk membersihkan lendir pada ikan, ada 2 cara:

  1. Limau nipis – Gunakan sedikit limau nipis bersama sedikit garam halus.
  2. Tepung Gandum – Cuci ikan dengan tepung gandum. Elok juga kalau dapat perapkan ikan dengan tepung gandum selama lebih kurang 15 minit.

Selain mengurangkan lendirnya, bau hanyir juga dapat dibuang dengan lebih berkesan melalui 2 kaedah di atas.

>>Sebelum Menggoreng. Kalau ikut petua goreng ikan mak-mak dan orang yang berpengalaman, ada beberapa bahan yang boleh digunakan untuk mengelakkan ikan daripada meletup. Antaranya:

  1. Asam Keping – Sebelum menggoreng ikan, gorengkan beberapa asam keping.
  2. Garam – Taburkan sedikit garam dalam minyak panas. Selepas itu, goreng ikan seperti biasa.
  3. Halia – Gorengkan beberapa hiris halia sebelum menggoreng ikan.
  4. Kulit Bawang – Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Masukkan kulit bawang bersama ikan semasa menggoreng.

Semoga bisa bermanfaat dan selamat mencuba… 😉

Read More: Menu Paling Sedaaap, Kukus Ikan Siakap Ala Nyonya

Sambal Tumis Ikan Cencaru dan Petua Goreng Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *