Assalamu’alaikum…

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit Paling Mudah – Hai kawan…masak apa ye tengah hari tadi? Pening kan nak pikir pasal masak ni. Nak nak pulak bila dah balik kerja kepenatan. Otak takleh berfungsi untuk fikir pasal lauk ni. Tu la yang terpaksa ambik jalan mudah, beli je kat kedai sempang. Setle masalah, esok pikir lagi, dan lagi dan lagi bila nak selesai ye? Kadang kita ni bila dah selalu sgt pekena lauk beli ni ada masak dah takleh nak masuk kat saluran tekak ni. Jemu jugak kan? Sebab tu la, gagahkan jugak masak something yang simple-simple yang mana termampu.

Kebetulan hari tu (masa saya masak lauk ni) ada sikit terung pipit lebih-lebih kat pokok, sebelum saya cantas habis pokoknya. Bukan apa, buat semak je, pulak tu duri-duri pokok tu rasa macam mengganggu laluan je. Teringat saya kenangan masa kecik-kecik. Pokok terung ni banyak tumbuh liar kat belakang rumah saya kat kampung.

Abang saya dan kawannya akan jadikan buah terung ni sebagai peluru kat senapang kayu hasil buatan diorang, kreatif kan…? Tapi kalau sekali diorang tembak fuhhh..serius..memang sakit woooo!!! Kadang, arwah mak saya akan petik terung ni untuk dimasak bersama ikan bilis. Rindunya pada kenangan tu, rindu jugak pada masakan mak saya.

Hari ni, saya masak Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit atau terung manggo. Buat pun tak banyak, yelah kan budak-budak sekarang mana tau makan terung ni. Nampak sangat macam saya je yang makan lebih. hikhikhik…. Nak buat sambal tumis ni tak susah, yang penting kena ada sedikit kerajinan kan?…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 200g ikan bilis
  • 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2-3 senduk besar minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar, potong 4

Cara penyediaan:

  • Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  • Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.

Khasiat Herba Terung Pipit:

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang. Tapi yang saya masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahaha… Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng. Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe, diet tu postpone esok je katanya. hahaha…

Read More: Resepi Ikan Cencaru Masam Manis

Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *