Assalamu’alaikum…

Sambal Sotong Terung Pipit Paling Mudah dan Lazat Sangat – Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Sambal Sotong Terung Pipit Paling Mudah dan Lazat Sangat untuk kawan-kawan semua. Jom, tak usah banyak cakap lagi…kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor sotong kembang, saiz sederhana, potong kecil
  • 2 cawan terung pipit, asingkan dari tangkainya
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 2 keping hirisan halia
  • Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
  • 1 cawan cili kisar

Bahan Kisar Halus:

  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 biji buah keras

Cara Membuat:

  • Sotong dicelur 1 minit, toskan. Terung pipit dicuci dan rebus hingga lembut. Toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  • Tuang jus asam jawa dan masukkan terung pipit.
  • Tambah garam, secukup rasa, gula dan serbuk perasa jika guna.
  • Kacau rata dan masukkan sotong tadi. Masak hingga pekat.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan. Hidangkan bersama nasi putih..

Khasiat Terung Pipit untuk Ubatan: Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga. Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut. Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya. Bagi yg mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak, boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Sambal Tumis Udang Petai Paling Sedap dan Terbaik

Sambal Sotong Terung Pipit Paling Mudah dan Lazat Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *