Assalamu’alaikum…

Selepas melihat Sambal Sotong Limau Purut yang ditayang sahabat saya di facebook, saya menjadi sangat teringin untuk menikmati sambal sotong yang dimasak seekor seekor. Lagi pulak, sotongnya dipenuhi telur menjadikan saya sangat sangat tak boleh tahan. Terus menghantar whatsApp kat hubby. Kebiasaannya saya akan menghiris nipis sotong sebelum dimasak.

Aduhaai bukan nak cakap lah, bau sambal tumis ni semerbak sehingga ke dalam bilik. Semasa saya menunaikan solat Asar, saya meminta Raisya mengacau sambal yang sedang ditumis itu dahulu. Aduuh masa tu, dah terbau sedapnya sambal yang sedang ditumis tu. Hahaha sampai ke malam, masih terbau keenakan sambal tumis di ruang tamu. Haa camne tu? Kali ini saya membuat sambalnya agak kering sedikit.

Rahsia untuk membuat sambal tumis yang sedap ialah dengan menumis bahan tumisan dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak dan garing. Selain itu, menggunakan bawang merah yang banyak. Manakala untuk menjadikan warna sambal yang cantik ialah dengan memasukkan gula terlebih dahulu, sebaik bahan tumis garing.

Itulah tips yang saya belajar dari kawan kawan. Kalau untuk sotong, sambal kena kering dulu, sebelum dimasukkan sotong yang telah ditos bagi mengelakkan sambal berkuah dengan air sotong. Memang sangat sedap lebih lebih lagi sotong yang diguna adalah sotong yang masih segar.

Jom layan resepi mudah dan sedap ini…

Saiz hidangan: 6 orang
Waktu penyediaan: 15 minit
Cara memasak: Tumis
Jenis hidangan: Lauk pauk
Keistimewaan: Aroma daun limau purut membangkitkan selera.

Bahan-bahan:

  • 500 gm sotong dihiris bulat3 helai daun limau purut | dihiris kasar
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1sudu makan air asam jawa
  • 4 biji bawang merah | dikisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 2.5cm halia | dikisar kasar
  • 1 batang serai |dititik
  • 1biji bawang besar | dihiris bulat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

  • Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  • Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi hingga pecah minyak.
  • Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi hingga sotong layu.
  • Akhir sekali, lengkapkan rasa dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

Jadi mudah kan dalam membuatnya jadi benar? Ia adalah amat sesuai untuk hidangan ni menemani bersantap bersama keluarga. Mudah-mudahan apa yang saya telah di share mungkin berguna. Aamiieenn…

Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Kari Kepala Ikan Warisan Keluarga Paling Sedap

Sambal Sotong Limau Purut Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *