Assalamu’alaikum…

Saya rasa tentu sudah ramai di antara kalian yang telah mengetahui dan pernah makan Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang ini. Begitu juga saya, tetapi saya baru sekali makan. Untuk saya mengetahui lebih lanjut asalnya sambal hitam belimbing buluh ini, saya cuba google dan inilah info yang saya dapat. Jom sama-sama kita share.

Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu.

Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini.

Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.

Penukaran nama kepada sambal Pahang itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada produk makanan tradisional sedia ada, sekali gus memberi kelebihan kepada industri pelancongan Pahang dalam memasyarakatkan hidangan rakyat kepada pelancong tempatan dan luar negara. Okey… Jom resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 10 biji belimbing buloh.
  • 1/2 cawan cili padi
  • 2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan serta dikupas.
  • 6 biji bawang merah ditumbuk
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap
  • Bawang merah

Cara Buat Sambal Hitam Pahang:

  • Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil.
  • Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
  • Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
  • Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak.
  • Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Cara makan Sambal Hitam Pahang

Sesuai makan dengan nasi untuk penambah selera anda, cicah dengan ubi rebus juga sangat sesuai, cicah lempeng dengan sambal hitam, cekodok atau cucur untuk minum petang bersama dengan keluarga, serius saya cakap, cekodok yang tak sedap tadi akan jadi lebih sedap kalau ia cicah dengan sambal hitam, terliur je dengarkan. Ini serius melalui pengalaman saya sendiri.

Sambal ini sesuai dimakan dengan apa sahaja. Sedap dimakan bersama roti, cucur dan donut. Sedap juga dimakan bersama mee goreng dan bihun goreng yang tidak pedas. Lagi sedap dimakan bersama nasi lemak dan lontong.

Selamat mencuba… 🙂

Read More: Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit Paling Mudah

Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *