Assalamu’alaikum…

Laksa Kuala Perlis menjadi sebutan ramai, tidak hairanlah ia menjadi salah satu keistimewaan yang terdapat di Kuala Perlis. Kunjungan ke Kuala Perlis pasti tidak lengkap jika tidak merasai kelazatan Laksa Kuala Perlis yang sememangnya menjadi kegemaran penduduk di sana. Bahan utamanya ialah laksa tepung beras. Kuahnya agak pekat kerana banyak menggunakan bahan ikan. Dikatakan juga kuah yang paling enak di buat dari belut. Hidangannya asli tradisional dan simple. Kuala Perlis adalah salah satu destinasi perlancongan yang terdapat di Malaysia. Ia juga merupakan pusat nelayan, dan sebagai pelabuhan untuk menuju ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi adalah destinasi perlancongan berkelas tinggi terkenal di seluruh dunia. Laksa, rata-rata hampir sama cara penyediaanya, begitu juga dengan Laksa Kuala Perlis. Berikut ini salah satu dari resepi Laksa Kuala Perlis, bahan kuahnya bukan dari belut tetapi ikan.

Artikel Lainnya :

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam Sedap

Bahan-bahan:

  • 1kg laksa dari beras (ia perlu direbus dan toskan)
  • 1kg ikan kembung segar siap dibersihkan
  • 1/2 kg ikan selayang siap dibersihkan
  • 2 batang bunga kantan perlu dihiris
  • 5-6 tangkai daun kesum
  • 3-6 keping asam gelugur mengikut citarasa
  • 3 liter air untuk kuah
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 250gm bawang besar siap dikupas
  • 150gm cili kering mengikut citarasa pedas
  • 25gm belacan

Bahan Hiasan:

  • 8 biji telur perlu di rebus dibelah mengikut kesesuaian
  • 20gm cili padi di potong
  • 5 tangkai daun selom yang di hiris
  • 1 biji timun di hiris halus memanjang

Cara memasak:

  • Rebus kedua-dua ikan kembung dan selayang. Perlu ingat untuk mengasingkan bahagian isi dan tulang ikan.
  • Isi ikan akan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian, perlu kisar tulang ikan sehingga hancur, perlu ditapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
  • Masukkan bahan kisar tadi ke dalam air rebusan ikan tadi.
  • Masukkan beberapa asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasa. Biarkan mendidih dan angkat.
  • Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.
  • Akhirnya tuangkan kuah dan sedia untuk di makan.

Kalau anda malas nak masak laksa, walaupun dah ada resipi sedap seperti ini, boleh saja kalau nak makan. Datang saja ke Kak Su Laksa Kuala Perlis 🙂

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read More: Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap dan Krispy

Resipi Laksa Kuala Perlis yang Terkenal Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *