Resepi Udang Masak Sos Simple Juga Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ni nak share resepi udang masak sos yang paling simple dan tak guna banyak bahan.

Resepi ni bukan resepi yang pedas ya… Tapi macam biasa ita mesti tambah sikit cili api nak bagi ada rasa predas-pedas sikit. Kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa. Jom kita lihat resepi mudah dan rigkas ni.

VIDEO : MASAK TELOR BAMBO

Bahan-bahan :

  • 1kg udang – buang kepala dan bersihkan
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cm halia- tumbuk
  • 2 bj cili merah
  • 1 btg serai- ketuk
  • 2 sb sos tiram
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • garam

optional:

  • timun- buang bj tengah dan kerat dadu
  • capsicum
  • tomato

Cara-cara:

  • tumis bawang, bawang putih, halia dan cili merah sampai naik bau
  • masukkan serai dan tumis sebentar.
  • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan udang. Masak sampai udang berubah warna.
  • masukkan timun, capsicum dan tomato jika suka.
  • perasakan garam.

siap! senangkan =)

Resepi Udang Masak Sos Simple Juga Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *