Assalamu’alaikum…

Nak cuba buat Resepi Butter Prawn tak?… Mudah je membuatnya, jika tahu caranya. Jom try resepi saya. Resepi saya ini agak berbeza kerana telah diubah suai mengikut citarasa saya. Anda juga boleh mengubah suai lagi mengikut citarasa anda. Ya… boleh diubah suai. Tiada siapa nak marah. heheheee…

Terus terang, saya tidak pernah membuatnya semasa bekerja di cold kitchen dan pastri kitchen dulu. Saya baru mencubanya pada awal 2016. Itupun diatas permintaan rakan kerja sepejabat. Mereka juga minta saya buat video atau panduanya. Macam-macam la diaorang ni. Dah lebih setahun berhenti kerja, baru tergerak nak membuat panduannya. ahahaaa…

Kisahnya begini, pada mulanya seorang chinese memberi resepi tersebut untuk saya cuba. Lepas saya tunjuk gambar butter prawn saya. Exited betul seorang akak melayu melihatnya. Dia pun mencubanya. Tapi malangnya hasilnya kurang menjadi. Sebenarnya resepi asalnya agak leceh sikit dan boleh menyebabkan kesilapan. So, saya ringkaskan dan permudahkan agar sesiapa sahaja boleh membuatnya dengan baik. Jom tengok resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 10 – 20 ekor udang
  • 5 tangkai daun kari
  • 6 – 8 tangkai cili padi – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit butter/margerin untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam/ putih – bila suka
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan susu cair/ susu segar
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Penyediaan:

  • Siapkan minyak panas dalam kuali kemudian goreng udang yang sudah digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga warnanya cantik dan masak. Angkat dan toskan minyaknya dan keluarkan minyak dari dalam kuali kerana tak nak guna lagi.
  • Panaskan margerin atau butter di dalam kuali kemudian tumis cili padi, daun kari, dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Selepas tu masukan susu cair dan masak sekejap. kemudian masukan udang, serbuk lada, dan sedikit garam. ingat! jangan bubuh banyak garam sebab margarin sudah ada garam.
  • Panaskan sehingga masak dan angkat.
  • Langkah seterusnya kita siapkan pula sarang telur sebagai bahan untuk taburan di atas udang tadi.

Bahan Sarang Telur:

  • 2 biji kuning telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 senduk butter/ margerin

Cara Penyediaan:

  • Panaskan butter ke dalam kuali bersama minyak masak dan bila minyak dalam kuali dah panas pusing-pusingkan minyak dengan senduk, sehingga membentuk bulatan sehala tanpa henti.
  • Kemudian masukan kuning telur sahaja ke dalam butter tadi dan teruskan pusing tu minyak laju-laju sehingga masak dan berwarna keemasan.
  • Setelah dah masak tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyak.
    Resepi Udang Goreng Butter
  • Akhir sekali, bila udang goreng tadi dah masak bolehlah dimasukan ke dalam pinggan dan taburkan sarang telur di atas udang.

Resepi udang goreng butter ini memang mudah dan sampai jumpa di artikel seterusnya ya. Jangan lupa share juga  pada rakan-rakan yang lain ya, bila anda menyukai resepi yang saya kongsikan ni…. Selamat Mencuba….

Read More: Resepi Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang Paling Sedap

Resepi Udang Goreng Butter (Butter Prawn) Paling Sedap yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *