Assalamu’alaikum…

Hari ni saya masak satu menu yang menjadi idaman mak saya sejak beberapa bulan lepas. Rezeki agaknya, semalam kami ke pasar Endau di Mersing, tak semena-mena ada orang jual udang galah. Dan si sepit biru itu betul-betul tinggal ada cukup banyak. Bila timbang kurang lebih dalam 1 kg. Ok, saya ambik semua dan hari ini mulalah operasi memasak Udang Galah Masak Lemak Cili Api. Mula-mula plan nak taruk timun tua, tapi tu hari dah pernah masak lagi pun stok timun takde. Jadinya kita masukkan kacang panjang saja, yang tu pun pemberian kenalan mak saya. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah swt..

Bila masak menu macam ni, perasaan pertama yang datang, arwah ‘bak’… Bagi yang ikut blog saya sejak dulu lagi, pasti anda ada terperasan beberapa tahun dulu, kerap saya kongsikan resepi dan menu udang galah. Ini kerana arwah bak seorang ‘kaki pancing’ dan boleh dikatakan, hampir setiap minggu dia akan memancing udang. Semuanya tinggal kenangan, al-fatihah bak. Yang lepas biarlah berlalu, kita teruskan dengan kehidupan yang bersisa ini.

Bagi yang nak mencuba tapi takde udang galah. Boleh saja guna udang biasa atau gantikan dengan ketam. Nak guna ikan pun tak salah, kena cari ikan yang banyak isi macam ikan tenggiri, merah dan sebagainya. Tapi rasanya sudah pasti berbeza. Resipi seperti berikut… Jom tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang galah
  • 4 batang kacang panjang, patahkan sepanjang 3cm
  • 2 helai daun kunyit, carikkan
  • 2 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk santan pekat dan 1 mangkuk santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
  • 1-2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 8-10 biji cili padi
  • 2 ketul kunyit hidup, kikis kulitnya
  • 6-8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (optional)

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan udang dan potong janggutnya. Ketepikan.
  • Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, udang galah dan serai yang dititik tadi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan pula santan pekat, daun kunyit, asam gelugor dan kacang panjang.
  • Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Apabila kuah mendidih dan kacang panjang tadi masak lembut, terus tutup apinya.
  • Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Petua:

  1. Kuah harus dimasak di atas api yang perlahan dan harus kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan berketul.
  2. Udang galah pula tidak boleh dimasak terlalu lama kerana nanti isi akan keras dan kurang sedap.
    Boleh juga digunakan santan kotak (1 kotak santan 200ml untuk resepi ini dan ditambah sedikit air)

Sangat mudah untuk membuat resepi ini, sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat laman web kami. Kami akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda semua. hehehe… Jika anda masih mahu resepi lain, untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Selamat mencuba dan selamat memasak…

Read More: Resepi Sotong Goreng Paling Mudah dan Sedap

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang Lazat Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *