Assalamu’alaikum…

Ikan terubuk masin ni adalah antara lauk kegemaran yang paling best lebih-lebih lagi kalau digoreng sehingga betul-betul garing. Lepas tu ditabur dengan hirisan cili padi, bawang goreng dan diperah dengan limau kasturi. Gerenti tak boleh brenti makan dibuatnya. hehe…

Sebelum ni saya ada kongsikan resepi macam mana nak jadikan ikan ni sedap dan garing di resepimasakika.com Malangnya, dapur tu dah ditutup samada untuk sementara waktu ataupun forever, tak pastilah kan…nasib baik dah kopipes resepinya di sini. Apa-apa pun saya kopipes lagi dan lagi tapi sudah diedit sedikit. Resepi ni sangat-sangat mudah tapi bila makan, sangat-sangat sedap. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Sebut saja terubuk Sarawak, pasti ramai yang akan terliur dengan keenakan isinya yang lemak dan manis, apa lagi kalau dapat menikmati ikan terubuk bertelur. Malah tidak sah rasanya kunjungan pelawat ke Bumi Kenyalang, kalau tidak membawa pulang ‘ole-ole’ ikan terubuk Sarawak, terutama terubuk masin dan telur terubuk masin, yang ada dengan banyaknya di Pasar Tamu Satok di Kuching. Terubuk ini juga laris ketika Ramadan yang menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur. Okey… jom kita tengok resepi..

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1/2 Ikan terubuk dipotong kecil
  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/4 Cawan Air Asam Jawa
  • 3-4 sb Cili Kering yang telah dikisar
  • Sedikit Garam dan Gula

Cara Memasak:

  • Goreng ikan terubuk masin sehingga garing.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga bertukar warna keperangan.
  • Masukkan cili kering dan tumis sampai garing.
  • Kemudian,masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bawang besar dan gorengkan seketika. Tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Anda boleh perahkan limau kasturi atas sambal tumis terubuk masin itu sebagai tambahan.

Faedah Ikan Terubuk:

  1. Menghasilkan telur berkhasiat tinggi
    Telur Terubuk adalah bahan makanan biasa yang dimakan oleh rakyat Indonesia. Telur Terubuk mengandungi tenaga 425 kilocalories, 31 gram protein, 10 gram karbohidrat, 28 gram lemak, kalsium 50 miligram, fosforus 100 miligram, dan 2 miligram besi. Juga di Terubuk Telur juga mengandung vitamin A sebanyak 600 IU, vitamin B1 0.1 miligram dan vitamin C 0 miligram. Ikan terubuk ini bukan sahaja ikan, tetapi telur mengandungi nutrisi tinggi.
  2. Ikan terkaya akan menjadi Vitamin B12
    Kandungan vitamin B 12 juga boleh membantu memenuhi keperluan pemakanan tubuh manusia. Vitamin ini sangat berguna untuk menjadikan badan kita lebih berstamina, dan tidak mudah letih, letih dan tidak senonoh dalam menjalankan aktiviti harian. Dalam satu ekor ikan boleh memenuhi 45% daripada keperluan vitamin B12 kami.
  3. Kaya akan Protein
    Di dalam terubuk ikan mengandungi kandungan protein tinggi. Protein dapat membekalkan keperluan protein seseorang yang ingin membina jisim otot di dalam tubuh. Jadi, jika anda ingin mempunyai badan yang ideal dan berotot padat, maka makan ikan ini adalah salah satu penyelesaian yang tepat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Siakap Sup Berlengkuas Mudah dan Sedap Sangat

Resepi Terubuk Masin Goreng Paling Mudah dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *