Assalammu’alaikum…

Alhamdulillah, saya sekeluarga dah selamat balik dari bumi Bali. Nanti saya kongsikan pengalaman saya di sana. Sementara tu jom jenguk dapur saya jap. Balik dari bercuti, saya menerima bungkusan daripada Mariam dari Kabong, Sarawak. Mariam ni sebenarnya pelanggan yang membeli mesin jahit dari saya. Sungguh bermurah hati cik puan Mariam ni sanggup mengepos sekotak ikan terubuk masin yang segar-bugar dari ladang. Walaupun kami tak pernah bersua muka, tapi atas dasar persaudaraan Islam, hubungan kami terjalin.

Terliur melihat ikan-ikan tu, lepas balik dari ofis terus je saya bersilat di dapur. Biasanya ikan ni saya buat masak lomak, tapi bumbunya tak berapa nak cukup. Jadi untuk menunaikan hajat, saya goreng garing ikannya. Lepas dah garing angkat dan toskan. Kemudian goreng pula hirisan bawang, halia dan cili padi, tidak ketinggalan, perahankan limau kasturi masa nak makan (jika suka). Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Ikan terubuk masin ini mempunyai ada dua jenis iaitu ikan terubuk sungai dan ikan terubuk laut. Ikan terubuk sungai adalah ikan terubuk masin yang asli. Ikan ini mempunyai mulut yang lebih besar dan panjang. Lazimnya ikan ini terdapat di Batang Lupar di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan juga Batang Saribas di Betong. Manakala ikan terubuk laut pula mempunyai mulut yang lebih kecil, bersaiz pendek,bahagian kepala lebih kecil dan badan yang lebih gemuk daripada ikan terubuk sungai. Habitat ikan ini lebih bertumpu di kawasan pesisiran pantai dari Tanjung Datu hingga Tanjung Sirik.

Resepi Masakan Ikan lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan terubuk sederhana besar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/3 cawan kicap manis*
  • 2 camca besar sos ikan*
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya*
  • 1 biji bawang besar, didadu*
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus*
  • 5 – 6 biji cili padi, hiris halus* (*disatukan dan kacau rata)

Cara Membuatnya:

  • Ikan dibuang perut dan insang (sisik tak payah buang). Cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau nipis 5 – 10 minit, cuci kembali dan toskan. Lap dengan paper towel sampai kering.
  • Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit rata-rata, termasuk bahagian dalam belahan perut ikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tadi, gunakan api sederhana. Goreng 5 – 6 minit untuk setiap bahagian (bergantung pada saiz ikan masing-masing).
  • Bila masak, angkat dan toskan minyaknya, letak atas 2 – 3 helaian paper towel dan biar minyak terserap.
  • Hidangkan segera bersama sambal kicap (*). Sisik ikan tu sedapp sangat, rasa macam kacang goreng.

Keistimewaan Ikan Terubuk Masin:

  1. Pisau Yang Ditempah Khas
    Proses menyiang ikan terubuk masin memerlukan pisau yang ditempah khas kerana bukan sembarangan pisau boleh digunakan. Malah, ikan yang mempunyai telur harus disiang dengan berhati-hati agar kualiti telurnya tidak terjejas.
  2. Garam
    Istimewanya lagi mengenai ikan terubuk masin ini adalah dari segi garam yang digunakan untuk mengawetnya. Garam halus ini diimport dari China supaya tekstur ikan terubuk masin ini lebih halus,tahan lama manakala rasanya lebih berlemak.Garam tersebut jugalah yang membezakan rasa dan kesedapan ikan terubuk masin di Sarawak dan Semenanjung.
  3. Harga
    Harga setiap ikan terubuk masin adalah berbeza mengikut saiz. Harga ikan terubuk import mengikut saiz adalah antara RM5 hingga RM30 seekor manakala ikan terubuk masin asli pula lebih mahal antara RM12 seekor dan boleh mencecah RM55 seekor mengikut saiz.

Sedap dan mudah sahaja kan Resepi Terubuk Goreng Rangup ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Bersama Nenas Paling Sedap yang Wajib Cuba

Resepi Terubuk Goreng Rangup yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *