Assalamu’alaikum…

Resepi Tenggiri Masak Cili Hijau Kurma – Lepas makan pisang bakar, masuk dapur semula, check apa yang patut. Rupanya ada yang belum dimasak, ikan tenggiri ni saya teringin nak masak dah lama sangat. Tapi bila pergi pasar tak jumpa yang jual isi je, selalunya ada kepala atau ekor. Hari terjumpa pulak seperti apa yang saya idamkan. Tapi 1 kg 20 henggit ko. Dah teringin beli jelah, macam harga ikan maguro kat jepun mahalnya.

Anak saya masak ikan keli dan sayur labu air dan buat juga sambal belacan. Saya masak tenggiri cili hijau kurma ni. Resepinya pun senang je. Hari ni saya masak Tenggiri masak cili hijau kurma. Plan asal nak bikin kari, tapi menu bertukar tanpa dirancang bila Bak nak makan kurma tenggiri. Baik lah kita dahulukan selera big boss. Tak susah nak bikin, senang saja. Rempah kurma tu ikut pilihan anda nak guna jenama apa atau guna yang rempah kurma timbang pun boleh. Saya guna rempah kurma Baba’s.

Hari ni kurma saya sedikit berkuah, selalunya suka kurma yang pekat. Bak kata nak nak cicah roti nanti, jadi buat yang berkuah…baek lahh.. Kalau anda nak guna ikan pun boleh, telur rebus pun sesuai. Boleh juga nak masukkan sekali telur rebus dalam tenggiri masak kurma, kasi goreng dulu telur sampai kekuningan, lepas tu kasi masuk dalam ikan kurma…rasa pelik?…Releks…kan kita buat dia, toksah risau sangat dengan kritikan orang. Pada saya ia biasa saja, yang penting keluarga kita suka apa yang kita masak…ada betul tak?…Resipi seperti berikut..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 6 keping ikan tenggiri
  • 1 biji tomato belah 6 utk masuk dlm kuah
  • 1 keping kecil asam gelugur (saya tambah)
  • 1 sudu kecil halba (resepi asal letak 1 sudu besar dan dimesin dengan bawang segala – saya tak kisar dan kurangkan sukatan takot terasa pedor hehe..)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan aji secukup rasa
  • 2 cawan santan sederhana pekat (resepi asal guna air)

Bahan Mesin Halus:

  • 1 biji tomato
  • 7 biji cili hijau
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kurma

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak secukupnya.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar serta halba biji sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan, asam gelugur dan tambah sedikit air/santan supaya tenggelam ikan.
  • Masak sehingga sedikit kering dan perasakan dengan garam dan aji.
  • Akhir sekali masukkan tomato tadi, kacau-kacau kejap.
  • Sekiranya dah cukup rasa, tutup apai, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

Mudah dan senang je kan cara buatnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Sambal Hijau

Resepi Tenggiri Masak Cili Hijau Kurma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *