Assalamu’alaikum…

Resepi ini saya pelajari dari kakak tahun 2015 lagi bila saya selalu dijemput makan Tempe Goreng Sambal Ikan Bilis yang dibawa ke pejabat sebagai sarapan yang dicicah dengan roti. Saya terus minta resepi dari kakak dan mengajar bekas pembantu rumah untuk memasaknya. Kalau nak cepat atau ada tetamu yang memang tak dirancang, inilah menu segera yang saya biasa sediakan. Sedap sangat dengan rangup rangup manis tu.

Saya sebenarnya suka sangat meratah ikan bilis goreng terutama yang jenis kecil kecil ini. Dulu kalau beli ikan bilis, saya akan beli yang besar besar sehingga lah satu hari semasa hendak ke Lumut, sahabat saya Marliana mengirim dibelikan ikan bilis dan memberitahu jenis dan anggaran harganya.

Hhmm.. memang sedap dan harganya jauh lebih mahal dari ikan bilis jenis biasa. Bayangkan tadi, sambil menggoreng, sambil saya meratah ikan bilis dan tempe. Kalau dibuat nasi lemak pun, rasa tak lengkap kalau tak ada ikan bilis goreng ni. Memang suka sangat-sangat lah…

Jom kita layan resepi dulu…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 4 bungkus tempe dipotong panjang dan tipis. Gaulkan dengan setbuk kunyit dan garam
  • 5 biji bawang kecil dikisar
  • 3 biji bawang putih dikisar
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • Cili kering yang telah direbus dan dikisar
  • Kacang tanah
  • Ikan bilis
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Minyak

Cara memasak:

  • Goreng kacang tanah, angkat sebelum terlalu masak sebab kacang tanah ni simpan haba, nanti boleh hangus walaupun masa kita angkat tu tengok cantik je
  • Goreng ikan bilis sehingga garing
  • Goreng tempe sehingga garing
  • Tumis cili kering dan bawang yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit gula. Masak sehingga warna merah tua.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit air asam.
  • Agak-agak dah lembab macam yang kita nak (kalau tak lembab lagi tambah air masak sikit), masukkan kesemua kacang tanah, ikan bilis dan tempe yang telah digoreng tadi, kacaukan.
  • Masukkan bawang potong bulat. Gaulkan dan tutup api.

Nota:

  • Saya buat tak sukat, resepi kat atas tu anggaran je ye. Jadi kena pastikan sambal tu cukup-cukup je dengan bahan goreng tadi sebab kalau terlebih sambal nanti tidak rangup dan tak jadi kering. Kalau nampak sambal banyak masa masak tu, keluarkan sikit. Kalau rasa tak cukup bila dah masukkan bahan goreng boleh tambah sikit-sikit.

Sekian.. mudah je kan masak ni sebenarnya? oh kalau aku, nanti dah siap aku amik asam keping tu aku buang.. hahaha.. Sebab kalau lama-lama, kang masam sangat plak sambal aku 😉 atau kalau jenis nak makan terus, takde nak simpan-simpan.. Boleh gak korang masukkan kentang.. potong ala-ala wedges tu tapi nipis dan kecik-kecik… pon sodapppp!!! Makan dengan nasi panas memang terangkat habaq hang… hahahaha…

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Asam Pedas Sardin Sedap dan Mantap

Resepi Tempe Goreng Sambal Ikan Bilis Rangup Kegemaran Sekeluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *