Assalamu’alaikum…

Kali ni nak share resepi untuk sarapan pagi yang cepat, pantas dan mudah disediakan. Kepada penggemar Telur Bungkus Sardin, ni la dia resepi yang sedap. Petang semalam saya buat Telur Bungkus Sardin, sebab anak-anak dan hubby request suruh buat. Hihiii… Tetibe teringin pulak nak masukkan resepi tu kat sini saje nak berkongsi. Sebab resepi ni tersangatlah mudah, ringkas dan tak memerlukan kos yang mahal.

Lagipun resepi ni sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang (Tapi saya tak kisah, bile-bile teringin ada bahan terus buat je. Heheheee). Oklah… kat sini saya sertakan resepinya dan kalau ada yang tercari-cari menu yang sesuai untuk breakfast@tea time atau minum petang..apa kata anda mencubanya okey.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 tin sardin
  • 1/2 batang carrot – potong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum – potong dadu
  • 3 helai daun kobis – racik halus
  • (sayuran boleh digantikan dengan apa-apa jenis sayur yang anda suka sepertit kubis bunga,
  • brokoli, buncis atau apa-apa saje. Kali ni saya hanya ada stok carrot & kacang peas dalam tin.
  • So guna 1 batang carrot & 1 tin kacang peas kecil)
  • 1/2 biji bawang besar – potong dadu
  • 1 ulas bawang putih – cincang
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Garam sket
  • Perasa
  • Air sikit
  • Minyak

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar & cili kisar hingga wangi.
  • Masukkan sardin, kacau-kacau, tambah air sikit jer, kacau kejap biar sardin masak.
  • Masukkan sayuran semua kacau lagi.
  • Masukkan sos tiram, sos cili agak-agak yer ikut banyak mana suka.
  • Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
  • Bila sayuran dah masak,bolehlah di tutup apinya.

Cara menyediakan telur bungkus:

  • Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam kacau-kacau bagi rata.
  • Sediakan kuali, lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan. Jangan banyak nanti tak boleh nak dadar nipis.
  • Bila kuali dah panas, tuangkan telur dalam kuali. Kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. Macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yer puan-puan panas telinga kuali tu )
  • Bila dah masak, guna sudip terbalikkan telur, hati-hati nanti telur pecah..
  • Bila dua-dua belah telur dah masak, tutupkan api.
  • Ambil sayuran yang dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dalam kuali yer puan-puan)
  • Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
  • Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pada telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dalam kuali.
  • Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat-kuat yer nanti jatuh tak tau) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.
  • Tapi kena pegang kuat-kuat telinga kuali tu dan hati-hati jangan terkena tangan anda, kuali tu masih panas.
  • Dengan kadar cepat, terbalikkan kuali tersebut. Maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.
  • Angkat kuali pelan-pelan dan jadilah telur bungkus sardin.

Thanks to my mum yang ajar cara-cara membungkus ni. Cara ni jugak yang dia selalu buat masa dia buka kedai makan tak lama dulu.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal Sedap

Resepi Telur Bungkus Sardin Mudah dan Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *