Assalamu’alaikum…

Pagi tadi saya belajar cara-cara membuat Sushi Homemade yang Sangat Mudah, iaitu sejenis makanan tradisional masyarakat Jepun yang juga merupakan makanan kegemaran saya. Dalam kalangan masyarakat kita sekarang, sushi bukanlah asing. Sushi boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai di tempat kita. Saya belajar membuat sushi daripada adik ipar saya yang memang rajin bab buat-buat kuih ni. Hari tu saya ternampak post kat facebook dia tentang sushi yang dia buat sendiri, serta-merta rasa terliur nak makan sushi. So dia dengan dedikasinya datang ke rumah saya untuk membuat sushi.

Jadi di sini saya nak berkongsi resepi dan cara-cara membuat sushi. Ringkas dan mudah aje nak menyediakan sushi ni rupanya. Senang aje kan? Oh ye, lupa nak cakap. Kalau nak buat sushi kena pakai beras khas dia yang dipanggil beras sushi. Tapi kat kampung-kampung mungkin belum ada kot, kat tempat saya pun tak banyak sangat. Jadi saya gantikan dengan beras biasa aje.

Tapi kalau nak sushi tu lembut dan rasanya seakan-akan beras sushi sebenar, gunakanlah beras wangi. Sebab beras wangi lembut dan lebih sedap daripada beras biasa. Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi pastikan ia lembik sikit supaya ia senang dibentuk dan dimampatkan. Selain itu, bahan utama sushi ialah rumpai laut atau dalam bahasa inglishnya seaweed. Bahan ini juga mudah didapati di pasar raya-pasar raya berdekatan anda.

Ok, jom tengok macam mana nak buat sushi!

Bahan-Bahan (Nasi):

  • 2 Cawan Beras
  • 4 Cawan Air
  • 2 Sudu Cuka
  • Sedikit Garam

Bahan Tambahan:

  • Kepingan Seaweed
  • Kepingan Telur Dadar
  • Crab Stick
  • Mayonnaise

Cara Membuat:

  • Basuh beras sushi terlebih dahulu, basuh sekali ajer tau.
  • Masukkan beras dan semua bahan kemudian kacau rata.
  • On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
  • Bila dah masak, biarkannya menyejuk dalam 10 minit.
  • Letakkan kepingan seaweed/ telur dadar diatas plastik/ buluh.
  • Ambil nasi sushi dan tekan diatas kepingan seaweed tadi.
  • Picit mayo dan susun crab stick diatas nasi sushi.
  • Gulungkannya hingga padat dan potong.

Lebihan nasi sushi jangan dibuang, simpan dalam fridge. Bila lapar nanti, buat nasi sushi goreng. Masukkan nasi sushi, hirisan crab stick, hirisan telur dadar dan hirisan seaweed kedalam pan yang tidak melekat. Gaul sebati kesemuanya. Sedap dimakan ketika panas tau nasi goreng sushi ni. Berebut boboi berdua tu nakkan nasi goreng sushi ni.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Haruan Kukus Halia

Resepi Sushi Homemade yang Sangat Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *