Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi untuk hari ni..

Resipi ini tentunya sangat sedap untuk anda mencuba. Resepi saya kali ini ialah Sup Belut… Mendapat ilham sesudah merasai Sup Ikan Keli, jadi saya telah memodifikasi menu ni kepada sup belut kerana isinya agak sama dengan ikan keli… Hehehe 🙂 🙂 🙂

Sungguhpun ramai yang tidak ‘sudi’ makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ni kaya dengan pelbagai khasiat. Spesis belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak.Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Spesis ikan ni jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Hurmm..sebenarnya saya sendiri pun agak geli dengan belut ni..tapi alhamdulillah anak tekak ni boleh telan. Cuma part potong belut ni saya tak boleh buat..apatah lagi nak tengok yang hidup-hidup..uwaaaa.. Saya just terima yang telah dipotong dan dibersihkan. Saya cuma masak je..hehehe.. Ok, jom kita layan resepi Sup Belut ni..

Bahan-bahan:

  • 5 ekor belut – siang dan cuci bersih -potong kecil-kecil
  • 1 biji bawang besar – potong baji
  • 1 batang saderi – potong
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 tangkai daun sup – cincang halus
  • 1 biji kentang – potong kasar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 sudu rempah sup
  • 2 biji bawang merah – hiris
  • 2 biji bawang putih – hiris
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 liter air

Bahan kisar:

  • 1 batang saderi
  • 2 biji bawang merah
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji bawang putih

Cara-cara membuat:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  • Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
  • Masukkan air, kentang dan belut.
  • Bila mendidih, masukkan rempah sup. Perlahankan api. Tunggu hingga kentang dan belut masak.
  • Masukkan garam, gula, kiub pati ayam, bawang besar, tomato dan batang saderi.
  • Sesuaikan rasa.
  • Angkat, taburkan bawang goreng dan daun sup.

Tips: Belut jagan dimasak terlalu lama, nanti isinya akan hancur.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Goreng Tepung Rangup

Incoming search terms:

Resepi Sup Belut Sedap yang Special

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *