Assalamu’alaikum…

Resepi Spesial Sardin Goreng Sambal Sedap – Tadi ikan jemuduk kan? Susah nak carik ikan tu..apakata kita carik ikan paling senang sekali…ikan sardin..hahaha!! Ikan sardin fresh ni kat pasar mudah nak kenal…nampak tirus tapi berisi..kaler pun lain sikit dari ikan lain..nak buat laksa penang ni paling sesuai… Tapi yang ni..paling mudah..takyah carik kat pasar basah, carik kat kedai runcit jer..hahahaha.. So ini lah resepi yang paling mudah untuk mereka yang malas nak carik ikan kat pasar (atau jenis yang tak kenal ikan..hahahaha!!!

Masa kecil dulu, sambal tumis sardin ni kira antara lauk rutin selain lauk telur untuk lunch aku dengan kakak. Ye. ..lah, dulu murah je harga dia. Sekarang je rasa sardin tin dah jadi lauk mahal. 1 tin kecik tu, cukup ah nak buat makan dua beradik. Tu yang rasanya senang sapsapsoi je tuang masak sardin. Haha… Tapi even masak simple gini, ada juga cara berbeza-beza orang masak.

Ye… ah kau masak, cara kau lah, aku cara aku lah. Suka hati style sendiri. Kalau balik kampung abah, sambal sardin ni diorang style goreng dulu ikan dia, baru masak lagi sekali dalam kuah. Abah pun lagi prefer cara macam ni sebab ikan tu garing sikit.

Jom kita tengok resepi dan cara saya memasak Sambal Tumis Sardin…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin/mackerel saiz sederhana
  • 2 ulas bawang besar (kisar)
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu besar cili boh cap puteri (takde cili kering)
  • 6 biji cili api
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 keping asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak:

  • Asingkan ikan sardin/mackerel dengan kuahnya.
    Panaskan minyak dan goreng ikan tersebut. Api perlu perlahan kerana kuah sardin yang masih ada di ikan akan menyebabkan minyak meletup-letup.
  • Pastikan korang tutup dengan periuk, kalau tak habis tangan kena minyak panas dan dinding penuh dengan minyak.
  • Bila ikan dah mula garing, angkat ikan tersebut. Ikan akan kelihatan kehitaman dan itu maknanya ikan garing dan lebih sedap.
  • Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing. Kemudian, masukkan 2 sudu besar cili boh dan goreng hingga naik minyak.
  • Apabila sambal dah garing dan naik minyak, masukkan balance kuah sardin yang kita asingkan tadi. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan bawang besar, halia yang telah dihiris dan cili api. Kalau masak sardin, memang tak sah kalau takde halia. Sedap!
  • Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, gaul seketika dan kemudian letak asam keping, garam dan gula secukup rasa. Kalau terlalu kering, boleh tambah air sedikit.
  • Biar mendidih dan naik minyak. Siap!

Sangat sedap dimakan bersama nasi panas-panas atau roti. Berapa kali dah saya bawak sambal sardin ni ke ofis bila tekak rasa teringin nak makan. Dan setiap kali bawak, setiap kali itu jugalah diminta resepi. Yang tak tahan tu, semua adik beradik lelaki saya yang dah kawin, bawak resepi ni masuk ke rumah mertua masing-masing jugak.

Siap claim tu resepi bujang diorang pulak. Kepada yang nak rasa kelainan masakan sardin, bolehlah try test, manatau boleh buat suami makin sayang ke. hahahaha..

Selamat menchuubaaaa!!!

Read More: Resepi Sambal Kering Kentang Campur Ikan Bilis Rangup

Resepi Spesial Sardin Goreng Sambal Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *