Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Sumbat Telur Paling Sedap – Sebelum entri panjang-panjang, maafkan saya kalau akhir-akhir ni banyak entri dan post berkaitan tentang makanan. Sila ambil dari sudut positif. Bukan nak buat terliur ke apa cuma nak buat kau orang jadi rajin untuk memasak kalau teringin apa yang saya masak sebab saya akan kongsikan resepi dalam blog. Yang penting kau orang rajin nak buat. Kalau malas tak dapat apa lah ye.

Semalam saya teringin nak makan sotong sumbat. Tak pernah buat sebelum ni. Saya pun gigih menggugel cari resepi terhebat. Banyak yang saya jumpa, ada yang sotong disumbat dengan kelapa, beras pulut, kentang, sayur, isi udang dan macam-macam la. semua agak kurang menarik perhatian dan merumitkan. Hari ni saya nak masak yang mudah-mudah je, manalah sempat saya cuma ada masa 1 jam untuk memasak sebelum nak menghidang.

Saya suka masak yang simple-simple je menggunakan bahan yang ada. Akhirya saya ambil keputusan menggunakan telur sebagai isi sotong sumbat saya. Ini adalah resepi saya sendiri setelah di tambah tolak dari pencarian di encik gugel. 🙂

Okey, mari kita tengok cara-caranya, kalau korang suka boleh try untuk menu hari ni ye.

Bahan-Bahan Inti Sumbat:

  • 2 biji telur ayam
  • Carrot (dicincang)
  • Sosej (dicincang)
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar mayonis

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan dan goreng hancur

Sambal Sotong:

  • 3 ekor sotong
  • 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang merah (dipotong bulat-bulat)
  • 2 sudu sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • 3 batang pencongkel gigi/lidi
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  • Sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi.
  • Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau.
  • Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukan serbuk kari dan sos cili.
  • Kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih.
  • Masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa.
  • Masukan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat.
  • Bila dah masak boleh la hidangkan.

Tips :

Boleh ganti telur dengan kentang, tauhu atau lain-lain mengikut kesukaan anda.

Resepi Sotong Sumbat Telur ini sangat sedap dimakan bersama nasi atau diratah begitu saja pun sangat sedap. Selamat mencuba!!!…

Read More: Resepi Salmon Panggang dengan Bawang Putih dan Herbal

Incoming search terms:

Resepi Sotong Sumbat Telur Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *