Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Sumbat Telur Berempah Rasa Terbaik – Sebelum taip entri panjang-panjang, maafkan saya kalau akhir-akhir ni banyak entri dan post berkaitan tentang makanan. Sila ambil dari sudut positif. Bukan nak buat terliur ke apa cuma nak buat kau orang jadi rajin untuk memasak kalau teringin apa yang saya masak sebab saya akan kongsikan resepi dalam blog. Yang penting kau orang rajin nak buat. Kalau malas tak dapat apa lah ye.

Dalam peti ais ada 10 ekor jer sotong. Tapi saiznya sederhana besar. Kalau nasi putih dengan lauk sotong, nak makan berenam memang tak cukup ni. Jadi saya decide untuk buat nasi lemak dan sotong sebagai lauk sampingan. Kira okey lah tu kot ada telur rebus dan sambal bilis berserta timun.

So, special sikit kali ni. Kita cuba buat Sotong Sumbat Telur Berempah. Biasanya orang sumbat dengan telur. Ada yang campur udang, ada yang campur tauhu, tapi saya campur dengan kentang. Konsep asasnya adalah sumbat. Kuahnya pula boleh dipelbagaikan ikut kesukaan. Ada yang suka masak kicap, kari, sambal ataupun goreng kunyit. Ikut la mana-mana suka. Saya buat kuah sambal kari.

Mungkin lapar, atau mungkin kena dengan selera. Encik suami tambah nasi 3 kali, anak lelaki tambah 2 kali dan anak perempuan tambah 1 kali. Kira puas hati sangat bila mereka berselera makan. Itu bermakna hidangan sotong sumbat saya ni menjadi la kan?? Hihi….

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong basah saiz sederhana besar
  • 1/2 cawan santan
  • Secubit asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun limau purut
  • 3 sudu besar rempah kari

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • Cili kering secukup rasa

Inti Sumbat:

  • 3 biji telur
  • Sedikit bawang besar cincang
  • Daun kucai dipotong kecil
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • Sedikit garam

>> Masak seperti “scrambled eggs” tapi jangan terlalu hancur. Biar berketul-ketul supaya mudah untuk disumbat ke dalam perut sotong <<

Cara Membuat:

  • Bersihkan sotong dan keluarkan semua isi perutnya. Sumbat dengan inti telur. Pasangkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi cocktail untuk menyematkan kepala sotong. Ketepikan
  • Tumiskan semua bahan kisar hingga betul-betul masak dan naik minyak.
  • Masukkan asam jawa dan garam secukup rasa.
  • Masukkan sotong dan kacau rata.
  • Masukkan santan pekat. Kacau sehingga santan sebati dengan tumisan.
  • Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat.
  • Kemudian bolehlah dihidangkan.

Petua: Asam gelugur hilangkan hanyir

Macam-macam bahan digunakan oleh surirumah untuk membuang hanyir ikan terutama ikan air tawar/ikan sungai, udang, sotong, ketam dan lain-lain. Keluarga saya biasa guna campuran asam jawa dengan tepung gandum, bahan ini digaul kepada ikan dan makanan laut lainnya dan dibilas.

Sekeping asam gelugur/asam keping boleh mencuci beberapa kilo ikan/daging. Asam keping ni boleh digunakan berulang kali hingga hancur. Untuk sotong sekeping asam gelugur untuk sekilo sotong adalah memadai dan ulangi membuang air/bilas 2-3 kali hingga puas hati kebersihannya.

Selain membersih dan menghilang hanyir ikan/makanan laut, asam gelugur juga membersihkan dan menghilangkan hanyir tangan kita.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba…

Read More: Ikan Bawal Goreng Berlada Paling Mudah dan Sedap

Resepi Sotong Sumbat Telur Berempah Rasa Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *