Assalamu’alaikum

Untuk teman-teman yang sudi singgah blog saya ucapkan terima kasih yer, yang baca senyap-senyap pun berbanyak-banyak syukran, tanpa kalian sapalah saya…ngeh..ngeh..ngeh. Hari ni nak share resepi sedap Sotong Sumbat Pulut Sos Tomato. First time buat Sotong Sumbat ni, mentua bagi sekilo sotong. Sekilo jugalah saya buat, yerla nak share 2 bijik rumah. Makasih mama sebab belanja sotong. hehehe…

Dah lama tak makan sotong sumbat pulut ni teringin la pulak so saya pun google la cari resepi dari internet. Saya jumpa banyak resepi cara nak masak sotong sumbat pulut ni dan saya ubah suai sikit resepi yang saya dapat dari internet untuk mengikut selera sendiri. Alhamdulillah sedap…

Walaupun tak padan dengan elergik, sotong tetap menjadi makanan kegemaran saya. Lagi dengan cuaca panas sekarang, memang hampir tak makan sotong langsung sebab elergik saya makin menjadi-jadi. Saya dah jadi macam ratu lilin tak leh kena panas, cuma lilin mencair kalau panas, saya pulak tergaru-garu.

Sekali masak sotong mesti 1kg atau lebih hanya untuk makan sehari jer. Saya suka masak macam ni sebab anak-anak suka sangat. Memang bahagia tengok anak-anak makan dengan berselera nak-nak waktu diorang balik sekolah penat-penat. Jom resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 5 ekor sotong besar dibersihkan
  • 120g beras pulut
  • 140 ml air
  • 50g serbuk santan segera
  • 30g kismis
  • 30g sayuran campur
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 tangkai daun ketumbar dihiris
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Garam

Bahan Sos:

  • 50g serbuk santan segera
  • 60ml air
  • 200g jus tomato
  • Garam dan gula

Cara Membuat:

  • Tanak pulut bersama air, serbuk santan segera dan sedikit garam sehingga masak. Ketepikan.
  • Cincang sesungut/janggut sotong dan ketepikan.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan sesungut sotong, kismis, sayuran campur, daun ketumbar, garam dan serbuk lada sulah.
  • Kacau hingga sesungut sotong masak. Tutup api, masukkan pulut dan gaul rata.
  • Sumbat adunan pulut ke dalam sotong dan semat dengan lidi.
  • Panaskan minyak dan goreng sotong selama 2 minit. Angkat dan ketepikan.

Untuk Membuat Sos:

  • Campurkan serbuk santan kelapa bersama air dan jus tomato.
  • Panaskan di atas api hingga agak pekat. Sesuaikan rasa dengan sedikit garam dan gula – Ketepikan.
  • Susun sotong yang telah digoreng goreng di dalam bekas pembakar.
  • Tuangkan sos di atasnya dan bakar dengan kepanasan 180c selama 45 minit.

Tips:

Kalau nak sotong tu kekal fresh selepas beli dari pasar, jangan bersihkan tapi simpan terus dalam bekas berasingan. Bila nak masak baru keluarkan, jangan keluar masuk keluar masuk peti ais nak-nak sotong bersih. Nanti sotong dah tak kenyal dan kurang rasa sedap.

Mudah dan senang je kan cara buatnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Masak Sambal Petai yang Mesti Cuba

Resepi Sotong Sumbat Pulut Sos Tomato Rasa Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *