Assalamu’alaikum…

Untuk teman-teman yang sudi singgah blog saya ucapkan terima kasih yer, yang baca senyap-senyap pun berbanyak-banyak syukran, tanpa kalian sapalah saya…ngeh..ngeh..ngeh. Hari ni nak share resepi sedap Sotong Sumbat Kuah Percik. First time buat Sotong Sumbat ni, mentua bagi sekilo sotong. Sekilo jugalah saya buat, yerla nak share 2 bijik rumah.

Makasih mama sebab belanja sotong. hehehe… Meh kita tengok resepi ni, kuah ni saya selalu buat ayam percik. Memang sedap sangat, ramai orang puji kuah ayam percik ni. Tapi kali ni bukan ayam yer tapi sotong sumbat ngan kuah percik. Tak caya try la, mentua ai puji tau. hahaha…

Walaupun tak padan dengan elergik, sotong tetap menjadi makanan kegemaran saya. Lagi dengan cuaca panas sekarang, memang hampir tak makan sotong langsung sebab elergik saya makin menjadi-jadi. Sya dah jadi macam ratu lilin tak leh kena panas, cuma lilin mencair kalau panas, saya pulak tergaru-garu.

Sekali masak sotong mesti 1kg atau lebih hanya untuk makan sehari jer. Saya suka masak macam ni sebab anak-anak suka sangat. Memang bahagia tengok anak-anak makan dengan berselera nak-nak waktu diorang balik sekolah penat-penat.

Bahan-bahan:

  • 1 kg sotong
  • 1 biji lobak merah
  • 2 biji kentang (saiz besar)
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam
  • 1 keping gula melaka
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam

Bahan-bahan kisar:

  • 30 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit

Cara membuat:

  • Rebus kentang sampai lembut (lenyek jika sudah lembut).
  • Lobak merah dipotong dadu dan digaul bersama kentang yang telah dilenyek.
  • Sumbat dalam sotong dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
  • Masukkan santan , serai , asam keping , gula merah , gula putih , garam , dan kacau sehingga sebati.
  • Masak sampai kuah pekat.
  • Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati.
  • Masak lebih kurang dalam 10 minit atau sampai sotong masak.
  • Siap untuk dihidangkan.

Tips aku kalau nak sotong tu kekal fresh selepas beli dari pasar,jangan bersihkan tapi simpan terus dalam bekas berasingan.Bila nak masak baru keluarkan,jangan keluar masuk keluar masuk peti ais nak-nak sotong bersih.Nanti sotong dah tak kenyal dan kurang rasa sedap.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Tenggiri Masak Cili Hijau Kurma

Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *