Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Paling Sedap – Hari ni saya kongsikan resepi paling senang dan sedap bila anda makan sama nasi panas. Asalnya saya nak masak sotong hitam, tapi masa bersihkan sotong, kantung dakwat sotong tu kecik sangat, jadi kensel lah, kita masak yang lain saja. Resepi macam ni walaupun bahan-bahan amat simple, tapi rasa dia, kalah lauk yang banyak bahan-bahan.

Nak-nak kalau anda wanita bekerja dan nak masak yang semua boleh makan, tak kira anak-anak ke, atau orang berusia (tapi mana yang berpantang atau alergik tu minta maaf yea). Saya guna 5 ekor sotong yang panjang setiap satu kurang lebih 1 jengkal orang dewasa. Kalau masak untuk anak-anak, cili api yang bergelimpangan tu tak payah lah letak, boleh ganti dengan cili merah atau cili hijau saja. Okey… jom kita masak sotong, gatal kendian kira okey…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Sotong 5 ekor (saiz sederhana besar)
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Bawang merah 2 ulas*
  • Halia 1/2 inci*
  • Cili Api*
  • Bawang besar*
  • Capsicum merah dan hijau*
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Kicap 2 sudu

Cara Memasak:

  • Sotong dibersihkan dan potong kasar-kasar ( basuh dulu sotong, lap dengan tisu dapur sampai betul-betul kering)
  • Bahan yang bertanda (*) dihiris
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau
  • Masukkan sos tiram
  • Masukkan bawang besar dan capsicum
  • Masukkan sotong gaul-gaul
  • Masukkan kicap
  • Tak perlu tambah garam sebab sos tiram dan kicap dah sedia masin
  • Gaul-gaul seketika
  • Tutup api
  • Sotong tak perlu masak lama sebab ia cepat masak dan empuk, kalau lama dah tak kenyal dan akan liat.
  • Sedia dihidang

Kebaikan sotong untuk kesihatan:

Sotong 3 auns yang dimasak setiap hidangan mengandungi kalori 134 28 gram protein, karbohidrat 1 gram, 1 gram lemak. Walaupun agak rendah bahagian lemak, lemak dalamnya adalah terdiri daripada asid lemak omega 3, asid eicosapentaenoc DHA atau asid 11 peratus atau 24.5 peratus EPA dan decosahexaenoic. Lemak Omega 3 ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan tahap triglycerides dan dikurangkan risiko darah kaunseling pesakit, menyumbat arteri, aritmia dan tekanan darah tinggi.

Amaran Kolesterol:

Waspada dengan kolesterol anda, anda harus mengambil sotong dengan secara yang sederhana. Sotong merupakan salah satu daripada makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi iaitu 221 mg atau 74% untuk setiap 3 oz saiz hidangan. Jadi, berpandailah makan sotong ini ye….

Semoga apa yang telah dikongsikan boleh bermanfaa untuk semua. Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Keli Goreng Masak Lemak Cekur

Incoming search terms:

Resepi Sotong Masak Sos Tiram Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *