Assalamu’alaikum…

Hari ini saya nak kongsikan Sotong Masak Sambal Tumis. Bukan resepi luar biasa pun tapi sajalah nak kongsi kan. Nanti tak ada pulak bahan untuk update blog kan? Ada yang kata blog dah kurang pembaca dan sekarang ramai beralih pada instagram. Pada pendapat saya sendiri, saya masih sukakan blog jika mahu mencari apa-apa maklumat seperti resepi dsb.

Blog ditulis dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Nak menulis kena ada bahan, kena letak gambar, kena formatkan dll. Di blog dikongsikan detail sesuatu masakan, cara penyediaan dsb. Sedang fb atau Instagram lebih santai dan seolah touch and go sahaja. Tak personalise. Itu pendapat saya sahaja, jangan kecam saya. Instagram hanya untuk mengisi masa lapang, bolehlah. Layan-layan mata sebelum bershopping online.

Okey sekarang masuk bab sambal tumis. Memasak sambal tumis yang sedap tidaklah susah tetapi perlu tahu teknik menyediakan sambal yang betul. Saya belajar memasak dari keluarga, dari kawan-kawan dan sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Hatta nak memasak sambal tumis pun saya tetap belajar hingga kini. Lebih lebih lagi sambal tumis adalah lauk kegemaran suami dan anak anak.

Untuk menghasilkan masakan yang sedap memerlukan latihan dan latihan. Tidak cukup sekadar menpunyai pengetahuan semata. Tapi kena dipraktikkan. Sejak itu, saya memang mengamalkannya. Kemudian saya belajar pula dari sepupu saya Cikgu Wan Farah setelah merasai sambal tumis ikan bilis beliau yang sangat sedap.

Jom layan Resepi Sotong Masak Sambal Tumis yang saya gunakan hari ini. Sambal tumis mestilah sedikit ada rasa manis, barulah sedap… hehehe…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk cili kisar:

  • 15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai, hiris nipis
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar

Cara penyediaan:

  • Bersihkan sotong dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.
  • Selalu kacau kuah sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.
  • Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak.
  • Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • Akhir sekali, tutup api dan angkat lalu hidangkan.

Begitu mudah cara buatnya kan? cubalah buat resepi diatas untuk keluarga tercinta dan tersayang anda. Semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Tumis Kunyit yang Simple dan Ringkas

Resepi Sotong Masak Sambal Tumis Sedap dan Senang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *