Assalamu’alaikum…

Bila cuti begini rasa malas je nak masuk dapur kan?.. Tapi mengenangkan petang semalam ada terbeli sotong yang masih fresh di pasar dan ada stok petai juga, pagi ni saya rajinkan diri memasak Sotong Masak Sambal Petai. Sekarang ini agaknya musim sotong di Langkawi. Tiap hari ada saja stok sotong segar di pasar dan di pasar-pasar malam, dan menu harian memang ada terselit makanan laut yang satu ini. Selalunya yang anak-anak paling suka adalah sotong di goreng sama telur masin yang resepinya saya pernah kongsikan sebelumnya.

Sambal sotong sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi putih atau dicicah ubi rebus, lempeng, roti jala dan sebagainya. Ada yang boleh makan, dan ada yang tidak atas faktor kesihatan (saya sendiri tak berapa boleh makan, nanti jadi ‘seksi’ atau bahasa biasa ‘gatal’…tapi ubat ada, dan kita pun makan sekali sekala saja… ye ke sekali sekala?…hmmm).

Tambah enak bila dimasukkan petai yang rasanya lemak-lemak pahit dan bau dia…ehemm, bucuk-bucuk sedap. Bagi yang tak makan petai, toksah khuatir, tak perlu letak petai. Guna sotong saiz besar atopun nak guna sotong saiz biasa pun boleh tak salah. Ganti dengan udang, ikan bilis, kerang, kupang semua boleh ikut selera masing-masing ok. Resepi seperti berikut.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang – saiz besar
  • 3 papan petai
  • 1 biji bawang besar – potong kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 2 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji buah keras – dihiris
  • 1/2 inci belacan

Cara Membuatnya:

  • Sotong dipotong kecil (atau ikut saiz yang anda suka), cuci dan celur sekejap, dalam 1 minit, toskan.
  • Petai diambil isinya, cuci dan tos, ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  • Tambah petai dan sotong, kacau rata dan masak sekejap.
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Akhir sekali masukkan bawang hiris, kacau dan masak hingga bawang layu.
  • Rasa dan jika okey boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Petua Hilangkan Bau Petai:

Kalau makan petai ni memang kena ingat la, jangan lupa kumur mulut sebelum gosok gigi untuk masuk tidur, kasi hilang sikit pure bau-bau yang tak disenangi yea, kalau nak petua dari saya bagaimana nak hilangkan bau petai ni, lagi satu boleh juga masukan cenggkih ke dalam mulut. Lepas tu mesti hilang bau petai tu, yang tinggal bau cenggih dimulut hahahaaa!!! TRY la yea, berangin jer mulut tu nanti.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Jangan lupa share juga ya….

Read More: Ikan Merah Masak Halia Paling Simple

Resepi Sotong Masak Sambal Petai yang Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *