Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Masak Lemak yang Mudah dan Ringkas – Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian. Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Okey, sebelum kita meneruskan perbincangan halia yang akan datang. Mari lihat resepi yang hari ini saya akan berkongsi untuk rakan-rakan saya semua Resepi Sotong Masak Lemak yang mudah dirasai. Kenapa saya berkongsi resepi ini? kerana saya fikir menu ini layak untuk anda cuba di dapur sendiri. Kerana ia rasanya baik dan pastinya menambah semangat. Jom kita tengok resepi…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • Garam secukup rasa

Bahan Ditumbuk Lumat:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

Nota: Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili. Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya…

Cara memasak:

  • Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu.
  • Tumbuk semua bahan sampai lumat.
  • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi.
  • Masukkan santan , serai dan asam keping.
  • Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak.
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur.

Beberapa Khasiat Halia untuk Kesihatan:

  1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
    Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan.
    Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
  3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
    Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
  4. Pencegahan Demam dan Selesema.
    Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.
  5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
    Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.

Semoga resipi yang saya kongsikan ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Segera buat menu ini untuk keluarga tercinta di rumah. Selamat Mencuba… 😉

Read More: Udang Masak Tiga Rasa yang Mudah dan Lazat

Resepi Sotong Masak Lemak yang Mudah dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *