Assalamu’alaikum…

Selamat sore semua… semoga dalam keadaan sihat selalu… Hari ini saya ingin kongsikan Resepi Sotong Masak Kicap Paling Mudah dan Sedap. Saya beli sotong ini kerana teruja melihat sotong sotong yang sangat segar yang baru sampai di kedai runcit. Jika memasak sotong, saya suka menggunakan resepi yang simple supaya kita dapat menikmati keenakan sotong itu sendiri. Begitu juga dengan udang atau ketam.

Jarang sekali saya memasak bersambal kerana rasa kuah atau sambalnya akan menenggelamkan kemanisan isi dan rasa sotong. Lagi satu bila menyiang sotong, saya tak suka membuang kulit luar sotong. Saya suka melihat kulit sotong dalam keadaan bercorak begitu. Ada orang yang membuang bahagian luar kulit sotong sehingga menjadi putih. Apa apa pun masing masing punya caralah. Saya ikut cara Bonda saya menyiang sotong yang mungkin berbeza dengan cara orang lain.

Resepi masakan yang satu ini adalah menu murah meriah, namun rasanya boleh membangkitkan selera makan dan kaya dengan kandungan zat. Sungguhpun begitu, di sebalik kenikmatan rasanya anda perlu berhati-hati terhadap kolesterolnya. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah dan cepat disediakan.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500gm sotong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang bersaiz sederhana (hiris bulat dan sedikit tebal)
  • 2 helai daun bawang (dipotong)
  • 1 biji cili merah (dipotong nipis)
  • Sedikit halia dihiris.

Bahan Sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh kicap manis
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • I keping asam keping

Cara Membuat:

  • Campurkan ke semua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan.
  • Bersihkan sotong, kemudian potong empat segi dengan konsep ‘kelar-kelar’.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang yang telah dipotong bulat-bulat tadi.
  • Kemudian angkat dan ketepikan.
  • Selepas itu, tumis hirisan halia sehingga berwarna keperangan.
  • Masukkan sotong, goreng diatas api yang kuat selama 3 minit.
  • Tambahkan campuran sos, biarkan ia mendidih sehingga menjadi pekat.
  • Selepas itu masukkan daun bawang dan cili merah.
  • Biarkan masak dan sebati buat seketika.
  • Setelah itu, angkat dan letak atas mangguk hidangan.

Sotong memiliki kandungan kolesterol yang cukup tinggi dan anda dinasihatkan tidak mengambilnya secara berlebihan kerana akan memberikan efek buruk terhadap kesihatan anda.

Namun, jika dibandingkan dengan menu seafood lain, sotong mempunyai beberapa keistimewaan. Di antaranya; mudah dihadamkan, enak dikunyah kerana tidak memiliki tulang belakang sehingga memudahkan proses pengolahan, mengandungi asid amino esensial yang cukup tinggi, asid amino non esensial, kaya dengan pelbagai mineral, kalium, fostor, kalsium, magnesium dan selenium.

Siap dah.. Senang kan? Bila-bila pun boleh masak. Selamat mencuba dan jangan lupa share ya… 🙂

Read More: Resepi Sotong Sumbat Pulut Sos Tomato Rasa Terbaik

Resepi Sotong Masak Kicap Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *