Assalamu’alaikum…

Selamat malam kepada pengunjung setia blog saya ini. Tengahari tadi saya singgah di rumah kawan, dan terpikat pula dengan sotong masak karinya. Kata dia, resepi ini diwarisi daripada Mak Mertuanya dulu. Saya belum sempat lagi berkenalan dengan Mak Mertuanya. Nanti, insya-Allah ada rezeki saya akan berkunjung ke rumahnya pula. Terima kasih ye kawan kerana memberikan idea untuk saya mencuba resepi ini.

Oleh sebab perut-perut sotong penuh dengan telur, jadi saya hanya kerat separuh sahaja dan tak sampai bawah, jadi potongan itu tidak kembang. Kepada peminat sotong tentu tak mahu lepaskan peluang makan telurnya kan? biarlah dia duduk dalam perut ibunya. Resepi ini juga sedap atau enak dicuba. Ini kerana kelainan yang dibuat. Kerana jarang sangat kita tengok atau makan sotong dengan kari. Heheheee…

Bagi yang telah berminat untuk membuat resepi ini, sila jom tengok resepi bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  • Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit.
  • Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

Ada beberapa faedah sotong untuk badan, seperti:

  1. Membantu badan menyerap zat besi dan zat tembaga; Sotong boleh menyediakan tubuh dengan 90% tembaga, mineral yang memainkan peranan dalam penyerapan, penyimpanan dan metabolisme besi dan pembentukkan sel-sel darah merah. Kekurangan kuprum dalam badan akan mengakibatkan anemia.
  2. Mengekalkan kulit, otot, rambut an kuku yang sihat; Protein adalah salah satu daripada nutrien penting yang badan manusia perlukan untuk memastikan ia sihat. Ia mempunyai banyak faedah kesihatan, salah satu yang paling penting adalah penyakit kulit, otot, rambut, dan kuku dalam bentuk atas.
  3. Membina tulang dan gigi; Sama seperti ikan dan udang, sotong juga penuh dengan fosforus mineral. Fosforus membantu kalsium membina tulang dan gigi.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Sotong Masam Manis Sedap dan Mudah

Resepi Sotong Masak Kari yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *