Assalamu’alaikum…

Dah lama sebenarnya saya tak masak Sotong Kukus Limau nie. Caranya pun amatlah mudah. Harganya pun masih berpatutan jika nak dibandingkan dengan pasar di KL. Sempat juga saya beli sotong. Sotong nie dah menjadi makanan kegemaran keluarga saya, terutama bila masak sotong kukus limau. Memang habis licin sekejap jer. Hahahaaa…

Okey, jom saya nak kongsikan resepi rahsia turun temurun mak saya nie.

Bahan-bahan Sotong Kukus Limau:

  • Sotong (5 ekor)
  • Sedikit halia
  • 5 ulas bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Cili padi
  • Serai
  • Lobak merah/brokoli/apa-apa sayur yang sesuai
  • Gula dan garam

Cara Masak Sotong Kukus Limau:

  • Sementara kita basuh sotong tu, jangan lupa panaskan steamer dulu. Ini untuk nak menjimatkan masa. Sambil tunggu air kat steamer tu mendidih bolehlah kita sediakan bahan-bahannya.
  • Sotong tu potong sikit tengah-tengah dia.
  • Bawang putih tu tumbuk tak berapa halus.
  • Sediakan satu bekas untuk mengukus, campakkan bawang putih dalam tu. Ketuk serai, campak juga dalam bekas.
  • Halia potong halus masukkan sekali.
  • Cili padi tu ketuk juga, bergantung pada masing-masing kalau nak pedas boleh letak lebih. Kalau Mj letak dalam 5 biji camtu.
  • Daun ketumbar tu kalau Mj campak je terus semua dengan akar-akarnya tanpa dipotong. Itu petua nak bagi sedap tau.
  • Lepas tu bolehlah letakkan garam dan gula secukup rasa juga sayuran tadi. Semua bahan tu dikukus dahulu tanpa masukkan sotong.
  • Kukus lebih kurang 8 minit gitu, baru keluarkan pengukus tu dan masukkan sotong dalam bekas tadi. Dan kukus lagi lebih kurang 5 minit. Buat macam ni supaya sotong tu tak terlalu masak, nanti liat tak sedap pula.
  • Setelah tu dah masak boleh terus dihidang.

Mudah sangat nak masak dia kan??? Suami saya dah puji saya sedap katanya, tak boleh tutup mulut gamaknya ni, senyum sampai esok 🙂 Dan pasangannya kalau nak lagi sedap buatlah lauk ayam masak halia. Anda semua boleh cuba resepi masakan sotong kukus limau nie dan jangan lupa kongsikan hasilnya nanti ya. Jumpa lagi dalam posting yang akan datang ya. Ada sesuatu yang istimewa menanti.

Semoga resepi ini bermanfaat dan selamat mencuba!!! 🙂

Read More: Resepi Asam Pedas Ikan Salmon Simple

Incoming search terms:

Resepi Sotong Kukus Limau Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *