Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Resepi Sotong Kicap dengan Lada Hitam – Menu kicap kegemaran saya lagi. Sebenarnya kami sekeluarga tak kisah pun masak apa, semuanya okey. Sejak-sejak ni je saya suka sangat menu yang berkaitan kicap, berselera betul dia makan. Sebelum ni, menu kicaplah dia tak suka sebab kelihatan gelap dan tak menarik katanya.

Waahhh… sekarang baru tau saya, hitam bukan sebarang hitam tau, hitam tulah yang menawan dan memikat selera. Resepi ni ringkas tapi sedap sangat, cuma saya tambahkan kicap pekat. Terima kasih kepada kawan telah berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.

Kami ada beli sotong lama dulu, disiang dan disimpan dalam freezer. Dah lama nak memasaknya, asyik tertangguh tangguh. Jadi bila hari ini, teringat nak memasak untuik makan malam, saya terus hantar WhatsApp kat my son minta dia mengeluarkan sotong. Jadi sampai jer di rumah saya boleh terus memasak tanpa perlu menunggu ianya di defrost. Saya memang tak suka defrost menggunakan microvave.

Kalau biasa, sotong akan digoreng menggunakan garam kunyit jer atau paling paling pun saya akan membuat sotong goreng kicap. Tapi bila google mencari resepi yang lain, terkeluarlah resepi Sotong Masak Lada Hitam dari dapur Ummi yang gambar nya sangat mengancam dan membuat saya terus terasa lapar.

Jom layan resepi di bawah.

Baca Juga:

Bahan-bahan Utama:

  • Sotong 500g (disiang dan dibersihkan)
  • Kunyit 2 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil

Bahan Tumisan Sos Lada Hitam:

  • Bawang besar 2 biji yang dihiris kasar
  • Bawang putih 3 ulas yang dihiris halus
  • Cili api 3-4 batang dibelah dua
  • Minyak masak secukupnya
  • Sos Kicap Pekat 1 sudu
  • Sos Kicap Manis 2 sudu
  • Sos Tiram 2 sudu
  • Sos tomato 1 sudu
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Air 1/2 cawan

Cara Memasak:

  • Mula-mula, gaul sotong dengan kunyit dan garam terlebih dahulu. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Selepas tu goreng sehingga sotong mengeluarkan air dan kembang. Angkat dan letakkan kedalam pinggan untuk sementara waktu.
  • Panaskan kuali dengan minyak masak untuk menumis, selepas itu masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili api.
  • Bila tumisan berbau wangi, boleh masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Jika anda tidak gemar sos tomato boleh tukar kepada sos cili atau boleh letak kedua-duanya.
  • So, ketika ini, kuah menjadi pekat kerana disebabkan 4 jenis sos yang digunakan, maka kita cairkan dengan sedikit air dan kacau.
  • Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng terlebih awal tadi kedalam kuali, letakkan garam dan gula secukup rasa serta serbuk lada hitam bagi menambah aroma kepedasan.
  • Kacau dalam biarkan dalam 10-15 minit mendidih. Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!!! 🙂

Read More: Resepi Ikan Sumbat Bunga Kantan Sedap

Resepi Sotong Kicap dengan Lada Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *