Assalamu’alaikum…

Bila tak berselera makan, masakan ala thai lah yang menjadi pembuka selera. Sotong ini saya goreng berkuah supaya dapat dinikmati kuah tom yamnya. Sedap dimakan bersama nasi panas. Dalam keluarga saya orang yang paling suka sotong adalah anak perempuan bongsu. Suka sangat dia. Kalau ada sotong bertambah seleralah dia makan nasi. Tetapi selalunya, sotong tu lebih daripada nasi. Rasanya sepinggan di atas boleh diratahnya. Tapi, sekarang ini sotong dah mahal. Harga bagi sekilo sotong saiz besar harganya antara RM25-RM28.

Kali ni saya nak syer resepi yang dah beberapa kali saya cuba. Sebelum ni saya masak dengan ikan talapia. Dan kali ni saya masak resepi ni dengan sotong pulak. Rasanya seperti tomyam. Tapi lebih pekat sikit. Tak berkuah sangat sehingga bole di hirup seperti sup tomyam. Resepinya simple, campak-campak aje dalam kuali. Tumis sekejap-sekejap dah siap. Nak tau cam mana masak ya. Jom tengok resepinya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 kilo sotong saiz besar – dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
  • 2 – 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar pes tom yam
  • 1 sudu besar sos sotong
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai – dititik
  • Beberapa biji cili padi – dititik
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dipotong gegelang
  • Kacang panjang – opsyen
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.

Cara-cara Membuat:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak..
  • Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram.
    Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
  • Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau ada kacang panjang bolehlah dimasukkan juga.

Senang kan… Masak lauk ni pon tak lama sekejap aje. Bole juga masak dengan ikan yang telah di goreng terlebih dahulu. Saya dah cuba dengan ikan talapia dan ikan kembung. Rasanya maveles. Kalah nak tambah vege pon boleh juga.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Cara Membuat Sambal Sotong Kembang Berkacang

Resepi Sotong Goreng Tomyam Kuah Ala Thai yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *