Assalamu’alaikum…

Kali ini saya nak mencuba memasak Sotong Goreng Tepung Rangup yang biasanya saya order sahaja bila nak ingin memakanya. Sebenarnya, saya memang penggermar seafood seperti sotong, udang, ketam dan banyak lagi. Sampai sekarang bernasib baik kerana saya tidak memiliki masalah dengan olahan ikan laut. Tetapi walau bagaimanapun saya tetap menjaga tempoh seminggu sekali untuk memakan ikan laut. Kerana kesihatan tetap yang utama, betul kan?..

Sotong goreng tepung rangup ini sering kita jumpai di restoran makanan laut. Dahulu saya ingin tahu bagaimana rahsia bumbu yang dipakai. setelah saya bertanya kepada Mr. Google akhrinya saya tahu juga cara memasaknya. pasti anda ingin tahu juga kan? jom kita layan resepi dibawah

Tips Menggoreng Part 1:
Berikut dikongsikan beberapa tips dan teknik dalam menyediakan makanan ni.

  • Selepas membasuh sotong, sila pastikan airnya betuk-betul ditoskan.
  • Tepung yang dibancuh jangan terlalu cair kerana ianya kelak tidak akan melekat pada sotong.
  • Pastikan minyak untuk menggoreng sotong perlu betul-betul panas. Minyak akan mudah menyerap ke dalam tepung yang digoreng bersama sotong jika ianya tidak cukup panas. Ini menjadikan proses menggoreng tidak berlaku dengan baik.
  • Pastikan sotong yang digoreng tidak dimasukkan ke dalam kuali terlalu banyak dalam sesuatu masa. Goreng sedikit demi sedikit.
  • Biarkan tepung pada sotong itu garing dan barulah anda terbalikkan. jika anda mengacau ketika tepung belum cukup garing, pasti tepung itu tertanggal dari sotong.
  • Sediakan alas pinggan dengan tuala lertas ketika mengangkat sotong supaya lebihan minyak dapat diserap dengan mudah.

Baca Juga: 

Bahannya:

  • 1 kg sotong sederhana besar(potong bulat2 dan toskan airnya hingga kering)
  • 1cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan tepung beras.
  • 1sudu teh serbuk kunyit.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • 1 sudu teh serbuk lada putih.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 1 biji telur
  • Minyak utk menggoreng.

Cara penyediannya:

  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung,tepung beras,serbuk kunyit,garam dan lada putih serta lada hitam dalam mangkuk. Gaul sehingga tepung semua mesra dengan bahan2 tu.
  • Kemudian tepung yg dicampur bahan tadi bahagi dua, kemudian pecahkan telur dan gaul sehingga telur mesra dgn tepung.
  • Masa ni nampak tepung macam
    doh, jangan ditambah air tau,tak apa nanti bila dimasukan sotong, air sotong akan keluar.
  • Sebelum tu garamkan dulu sotong bersama
    sedikit lada sulah, barulah digaul sotong tu dgn tepung tadi.
  • Panaskan minyak yg banyak supaya tenggelam sotong masa digoreng. Masa panaskan minyak ni pastikan minyak betul2 panas sewaktu menggoreng nanti.
  • Celup sotong ke dalam tepung lebihan tadi. Gaul sepotong-sepotong jarak-jarak, jangan digaul sekali banyak.
  • Masukkan sotong yg telah dicelup tepung , satu-satu dan jarakkan supaya tidak melekat.
  • Guna api yg sederhana masa menggoreng supaya sotong tidak meletop masa menggoreng.
  • Apabila dah kekuningan serta masak, angkat dan toskan dalam penapis, jangan toskan dalam tisu nanti lemau.
  • Kemudian alihkan pula sotong yg dari tapisan ke pinggan kaca yang lain. Ulang langkah diatas sehingga sotong habis digoreng.

 

Tips Menggoreng Part 2:
Berikut dikongsikan juga tips tambahan dalam menggoreng sotong goreng tepung supaya ianya menjadi rangup dan sedap 🙂

  • Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih
  • Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas kemudian sederhanakan ap dapur.
  • Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
  • Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan diatas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
  • Bila minyak sudah betul to, barulah boleh letak diatas tisu dapur atau pinggan hidang.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mencuba resepi sotong goreng tepung mudah di atas.

Read More: Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Merah yang Ringkas, Mudah dan Sedap

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Sedap dan Krispy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *