Assalamu’alaikum…

Sejak melihat Mak Mertua memasak Sotong Goreng Kunyit, saya jadi sangat teringin. Saya belum pernah menggoreng sotong seperti yang Mak buat. Sotong yang dilumur garam kunyit digoreng seperti menggoreng ikan kerana menggunakan minyak yang banyak.

Masalah dengan perumahan di Kota Damansara ialah tiada pasar basah. Sekiranya ingin mendapat makanan basah segar, kenalah ke Pasar Taman Tun. Kalau di sana, memang saya akan minta sotong yang bertelur sahaja. Seingat saya, inilah kali pertama saya menggoreng sotong menggunakan minyak yang banyak seperti menggoreng ikan atau ayam.

Bagi makanan laut yang segar seperti udang, sotong atau ketam, saya suka memasak secara simple supaya ianya tidak menenggelamkan keenakan serta kemanisan rasa sebenar makanan laut tersebut. Sotong goreng kunyit saya hari ini memang win. Terasa manisnya sotong. Kalau masa kecil kecil dulu, Arwah Bonda akan menyediakan sotong rebus hitam. Sekali sekala, disediakan ketupat sotong. Itu jer masakan yang saya makan yang menggunakan sotong. Masakan orang kampung yang simple.

Kehidupan kami semasa dulu menjadikan saya sendiri baru merasai setengah masakan seperti sambal tumis, rendang dsb. Ingat lagi ketika baru berkahwin, kami banyak membeli ikan gelama sahaja. Ini adalah kerana ikan gelama adalah ikan yang lebih murah harganya. Tak reti makan ikan yang mahal mahal pun. Kali pertama makan ikan senangin semasa dalam pantang di rumah Bonda Mertua. Jom layan resepi mudah di bawah ini.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 3 ekor sotong bersaiz besar (kurang lebih 1kg)
  • 3/4 camca besar kunyit serbuk
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji cili hijau, hiris
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Membuat:

  • Sotong dibersihkan, kemudian hiris bentuk gegelang, cuci dan toskan.
  • Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 25 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum, sementara itu masukkan 1 camca besar tepung jagung ke dalam sotong yang diperap tadi.
  • Gaul rata dan masukkan ke dalam kuali, besarkan api dan gaul rata.
  • Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata.
  • Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak sekejap lagi.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng, hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk-lauk lain.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai Paling Lazat

Resepi Sotong Goreng Kunyit yang Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *