Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat Mudah – Hujung minggu yang lalu terasa rajin nak menyumbat sotong. Kebetulan sotong yang saya beli kat Chowkit tu gebu dan besar. Plus harganya murah compare dengan tempat lain. haha…. Seronok rasanya, saya beli sekilo je. Cukup untuk keluarga kecik saya. haha…

Seperti yang kita semua tahu, sotong amat sedap jika di masak sambal dan juga di goreng bersama kunyit. Selain itu, jika anda ingin tahu sotong juga amat sedap jika di goreng bersama kentang. Walau bagaimanapun, ianya kedengaran seperti sukar, akan tetapi ianya sangat mudah untuk di masak malah hanya 25 minit sahaja masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan ini.

Sila rujuk di bawah untuk mencuba hidangan ini.

Bahan-bahan Sotong Goreng Kentang Sumbat Mudah:

  • 1/2 kilo sotong sederhana besar dibersihkan dan gaulkan sedikit garam dan kunyit.
  • 3 biji kentang di rebus dan di lecek
  • Sedikit bawang goreng
  • 1/2 biji bawang besar dadu
  • Mix vegetable frozen secukupnya
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat Sotong Goreng Kentang Sumbat Mudah:

  • Tumiskan bawang besar sehingga wangi dan garing masukkan mix vege tadi.
  • Masaklah sehingga lembut sayuran nya.
  • Tambahkan dengan garam dan sedikit gula, tutup api.
  • Bahan tumis tadi di gaulkan dengan kentang lenyek dan sedikit bawang goreng.
  • Gaul rata, bila dah cukup rasa sumbatlah dalam sotong biar penuh.
  • Cantumkan kepala sotong tadi dengan lidi.
  • Panaskan pemanggang ajaib dan panggang lah sehingga masak.
  • Sedia untuk di hidangkan bersama nasi atau di ratah begitu saja.

Kebaikan sotong untuk kesihatan:

Sotong 3 auns yang dimasak setiap hidangan mengandungi kalori 134 28 gram protein, karbohidrat 1 gram, 1 gram lemak. Walaupun agak rendah bahagian lemak, lemak dalamnya adalah terdiri daripada asid lemak omega 3, asid eicosapentaenoc DHA atau asid 11 peratus atau 24.5 peratus EPA dan decosahexaenoic. Lemak Omega 3 ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan tahap triglycerides dan dikurangkan risiko darah kaunseling pesakit, menyumbat arteri, aritmia dan tekanan darah tinggi.

Bagaimana cara untuk membuat ia begitu mudah bukan? Sotong sumbat ini sangat sesuai jika dihidangkan bersama nasi hangat. Selain itu rasa lazat, ternyata bahawa banyak kandungan nilai pemakanan. Dengan serta-merta cuba dear keluarga di rumah. Selamat mencuba… 🙂

Read More: Pais Ikan Siakap yang Sedap dan Mudah

Resepi Sotong Goreng Kentang Sumbat Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *