Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar yang Simple dan Paling Lazat – Buat rakan-rakan yang sudi singgah blog saya ucapkan terima kasih yer. Yang baca senyap-senyap pun berbanyak-banyak syukura tanpa kalian sapalah. Hari ni nak share resepi sedap, first time buat sutun sumbat ni. Mentua bagi sekilo sotong, sekilo jugalah saya buat. Yerla nak share 2 bijik rumah. Makasih mama sebab belanja sotong. hehehe… Meh kita tengok resepi ni. kuah ni saya selalu buat ayam percik, memang sedap sangat. Ramai orang puji kuah ayam percik ni. Tapi kali ni bukan ayam yer tapi sotong sumbat ngan kuah percik, tak caya try la… mentua ai puji tau.

Sebelum taip entri panjang-panjang, maafkan saya kalau akhir-akhir ni banyak entri dan post berkaitan tentang makanan. Sila ambil dari sudut positif. Bukan nak buat terliur ke apa cuma nak buat kau orang jadi rajin untuk memasak kalau teringin apa yang saya masak sebab saya akan kongsikan resepi dalam blog. Yang penting kau orang rajin nak buat. Kalau malas tak dapat apa lah ye.

Atas permintaan beberapa orang, saya kongsikan resepi sotong bakar percik versi citarasa saya sebab saya tengok ada bermacam versi dan cara masakan. Ada juga sotong bakar kuah percik yang putih tu. Saya suka masak yang simple-simple je menggunakan bahan yang ada.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus

Bahan Percik:

  • 2 batang serai – Diketuk/Kisar
  • 10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)*
  • Sedikit belacan*
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 – 3 inci kunyit hidup*
  • 1 cawan santan cair*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 4-5tangkai cili padi*
  • Jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit

Cara Buat Bahan Percik:

  • Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
  • Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
  • Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
  • Cara Memasak:
  • Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
  • Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
  • Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
  • Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Sotong Bakar Percik ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap dan Mudah yang Patut Cuba

Resepi Sotong Bakar yang Simple dan Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *