Assalamu’alaikum…

Hai korang, Throwback menu Sotong Bakar semalam. Actually dah lama kot nak buat Sotong Bakar ni, cuma payah nak jumpa sotong segar ni hah… Tapi bila ada group facebook yang jual sotong segar ni, terus aku order dengan dia. Sekarang ni nak dapatkan apa je mudah tau. Nak beli barangan basah pun boleh main order je. Siap hantar depan pintu rumah lagi. Sediakan jelah duit dan upah delivery. Sama je macam korang beli kat pasar. Sebelum tu jugak korang kenalah survey kan barangan yang dijual tu bagus ke tidak, segar ke tidak, semua kena ambil tahu tau.

Maklumlah, taknak nanti bila dah terima barang, banyak pulak komplen. Tak segar la, busuk la, mahal lah. hahaha… macam-macam. So, bila dah dapat sotong segar ni rasa puas hati. Rasa nak masak semua je sotong tu. Makan sotong jelah satu hari tu kan. hehehe… Lebih kita simpanlah, buat masak esok. Menu untuk esok apa pulak ye?heheh.. tungggu jelah ye. Tak taulah lagi nak masak apa. Kita share resepi mudah dan cepat ni je hah.. Kotlah tak tau nak masak apa hari ni, kita masak jelah kan lauk ni hah… Ada gak menu berlainan setiap hari.

So, plan nak buat Sotong bakar tercapai hendaknya. Senang je nak buat sotong bakar ni kalau korang nak tahu. Hah… Meh la ikut cara aku macam mana nak buat sotong bakar yang sedap ni. Kalau kat kedai yang dah siap mahal kan, tapi bila buat kat rumah, dapat makan banyak dan puas hati. Tu yang penting. Jom tengok resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500 g sotong besar

Bahan-bahan Untuk Buat Sambal:

  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 batang cili merah
  • 10 – 12 biji cili padi
  • 2 biji bawang merah kecil
  • Asam jawa sebesar ibu jari, ramas dalam 3 camca besar air
  • 3 biji limau kasturi
  • Sedikit garam dan gula

Cara-cara:

  • Sotong dibersihkan, asing kepala dan badan
  • Cuci bersih bahagian dalam badan sotong, kelar-kelar badan sotong tapi jangan putus
  • Bersihkan juga kepala sotong
  • Bakar sotong dalam oven/api arang atau pun grill
  • Bakar kurang lebih 5 – 8 minit pada setiap bahagian

Untuk Sambal:

  • Dalam lesung batu, satukan cili merah, cili padi, garam dan belacan
  • Tumbuk hingga separuh lumat, masukkan bawang merah tadi dan terus menumbuk hingga agak lumat (jangan terlalu lumat)
  • Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan sedikit gula
  • Perah jus limau kasturi hingga tahap kemasaman yang diingini
  • Mesti ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini
  • Bolehlah dihidangkan bersama-sama sotong bakar tadi

Sedap dan mudah sahaja kan resepi Sotong Bakar ini dan sampai jumpa di entry sedap selanjutnya. Semoga perkongsian diatas dapat memberikan idea memasak kepada ibu-ibu di luar sana. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Keli Panggang Lada Hitam Paling Sedap

Incoming search terms:

Resepi Sotong Bakar yang Sedap dan Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *