Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Manis Ala Thai yang Lazat – Macam mane cuti hujung semalam? Ke mane agaknya arah tuju semalam tu yea? Semalam saya rehat-rehat kat rumah saje, rancangan awal macam nak pegi buat lawatan di kawasan-kawasan jajahan saya. hihiiii… Mane lagi kalau bukan kedai bakery. Tapi takut pula nak pegi, mungkin tak buka lak kedai semalam. Lupa lak nak tanye macam mane jadual perniagaan diorang. hihiii… Lepas ni kena ingat la, oalan wajib tu. hihihiiii…

Okey cukup la tu coletehan saya untuk kali ni yea, cukup pendek kan?… Takpe sambung besok-besok lak yea. Jom kita berbalik pada resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Manis Ala Thai yang Lazat pula.

Resepi untuk sambalnya sama macam saya buat untuk ikan bakar hari tu. Sebab hari tu macam tak puas pula makan ikan bakar tu, homemade kan?…Tu yang buat lagi, buat lagi, buat lagi, hihihiiii… Cuma kali ni ade tambahan sotong pula, nyum-nyum… Jom la reramai kita tengok ape bahan-bahan yang diperlukan yea.

Bahan-Bahan:

  • Sotong saiz besar
  • Isi udang
  • Telor

Bahan-Bahan Sos:

  • Cili kecik
  • Gula
  • Garam
  • Cuka makanan
  • Bawang putih
  • Bawang merah

Bahan Kisar Untuk Inti:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Cara-Cara Membuat Inti:

  • Hancurkan isi udang
  • Gaul dengan telor dan bahan kisar

Cara-Cara Sumbat:

  • Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala dia bersatu.

Cara-Cara Masak Sotong:

  • Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi jangan bagi terpisah.

Cara-Cara Buat Sos:

  • Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!

Cara-Cara Memnghidang:

  • Curah sos cili hidup manis tadi. Siap untuk dimakan.

Nota: Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz.

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi sotong bakar yang lain, saya telah sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Siakap Kukus Ala Nyonya Paling Sedap yang Wajib Cuba

Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau Manis Ala Thai yang Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *