Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Percik Paling Mudah dan Sedap – Ini menu lunch Sabtu lepas ni sebenarnya, pepagi lepas buat bread roll Sushi dan goreng nugget ayam terus je rendam sotong dengan ayam yang beku dalam freezer. Siap sarapan dan buat kerja rumah yang lain-lain. Saya dok memerap dalam bilik depan kejap (bilik tanpa penghuni.. hehe) siapkan sebahagian hantaran adik ipar yang bakal menikah nanti. Kali ni siapkan gubahan dari coklat pulak. InsyaAllah, bila dah selesai majlisnya nanti, saya akan tayangkan hasil keras tangan ku nanti ye. hehehe…

Tak tahu langsung yang hubby ada membeli sotong sewaktu pergi ke pasar malam tempohari. Semalam baru hubby beritahu, baru perasan sebab masa dia bawa balik hari tu terus aja masuk peti sejuk tanpa dibuka bungkusannya. Jadinya, hari ini giliran resepi sotong la pula yer.

Resepi sotong percik ni saya ambil dari rumah Ummi Hanifah. Selalunya yang kita dengar hanya ayam percik saja, tak sangka pula sotong percik pun ada resepinya. Sotong kali ni kecil kecil sahaja, jadi banyaklah juga kuantitinya. Hubby kata mahal pulak harga sotong kali ni sampai RM 20, selalu beli tak sampai harga tu. Saya gandakan resepi ni untuk sesuaikan dengan kuantitinya. Cara masaknya pula saya ikut cara Ummi juga. Jom resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus

Cara Penyediaan:

  • Cuci bersih sotong dan kelar permukaan badan sotong.
  • Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit..bakar/panggang sampai masak. (guna pemanggang ajaib lagi best)
  • Bila sotong dah masak boleh siramkan kuah percik tadi ke atas sotong. Balik-balikkan sampai percik agak garing, baki percik siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

Bahan-bahan Percik:

  • 2 batang serai (ketuk-ketuk je) kalau nak bland pun boleh
  • 10 tangkai cili kering (potong pendek dan rebus)*
  • Sedikit belacan*
  • 1 labu bawang besar*
  • 2-3 inci kunyit hidup*
  • 1 cawan santan cair*
  • 1 sudu kecil jintan manis*
  • 4-5 tangkai cili padi*
  • Jus asam jawa/asam keping
  • 1/2 cawan pati santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 helai daun kunyit

Cara Penyediaan:

  • Kisarkan semua bahan yang bertanda (*) kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg diketuk.
  • Masak sampai agak-agak nak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan
  • perasakan garam gula, biarkan mendidih. Carik-carikkan/hiris halus daun kunyit dalam percik (kalau nak ganti ngan daun limau purut pun boleh)
  • Bila dah masak boleh siram atas sotong bakar tadi.

Resepi Sotong Bakar Percik ini sedap dimakan ketika panas dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen. Selamat mencuba… 😉

Read More: Sup Kepala Ikan Jenahak Favourite Keluarga

Resepi Sotong Bakar Percik Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *