Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Cepat, Simple Dan Sedap – Pada kali ini.. saya nak cerita pengalaman memasak semasa berada di kampung. Nak tunjuk sikit cara mudah membuat sotong bakar yang semakin hari semakin digemari oleh peminat-peminat sotong. Post ini sesuai dibaca oleh mereka yang tak pandai masak atau tak pernah masak sotong bakar. Kalau dah pandai, boleh baca kalau sudi. Jangan kutuk dah le, aku bukan pandai masak, cuma suka kongsi pengalaman je.

Okey, moh kita mula masak. Tak perlu salin resepi ni. Ingat je, bukan susah sifir 2 lagi susah nak ingat. Jeng-jeng mula-mula korang bersihkan sotong yang hendak dibakar (pastikan sotong berkenaan dah mati, jangan guna yang hidup macam kat Jepun tu). Antara jenis sotong yang sesuai dengan resepi kali ini ialah semua jenis sotong kecuali sotong kering. Kalau dapat sotong fresh lagi baik.

Mesti semua dah makan kan? dah kenyang kot kan? Jom cuci mata tengok menu hujung minggu lalu.

Bahan-bahan Sotong Bakar:

  • 15 tangkai cili kering – celur dan kisar
  • 3 biji lada merah – dikisar
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 3 biji bawang merah – dikisar
  • 1 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 batang serai – dikisar
  • Sedikit lengkuas – dikisar
  • Sedikit halia – dikisar
  • Sedikit belacan – dikisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 500 gram sotong saiz sederhana besar – potong bulat
  • Aluminium foil
  • Limau kasturi

Cara-cara Membuat Sotong Bakar :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit air asam jawa sekadar buat rasa-rasa saja.
  • Masukkan garam, gula dan perasa secukupnya. Masak sambal hingga benar-benar mesra.
  • Sedikit lama dengan api perlahan. Keraplah dikacau agar tidak hangus. Sejukkan.
  • Sediakan aluminium foil dan letakkan sotong dan masukkan sambal yang telah siap dimasak tadi. Bungkus rapi.
  • Panaskan pembakar dan bakar selama lebih kurang 15 ke 20 minit.
  • Hidangkan bersama perahan jus limau kasturi.
  • Jika sambal ini lebih bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk. Sambal ini bukan saja boleh digunakan untuk membakar sotong, malahan udang dan ikan juga.

Nota:

  • Mula mula ingat nak bakar, tapi nak siap arang bagai, take time pula. So panggang atas dapur sahaja la.
  • Resepi Sotong Bakar sangat sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak.

Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Bawal Kukus Sedap

Incoming search terms:

Resepi Sotong Bakar Cepat, Simple Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *