Assalamu’alaikum…

Kali ini kita berkongsi Resepi Sotong Bakar Bersambal pula. Setelah menikmati keenakan hidangan ini di restoran makanan laut teringinlah pula hendak mencubanya di rumah. Hehehe… Memang sedap menikmati masakan ini bersama nasi panas.

Sotong memang favourite saya. Sotong fresh yang segar isinya padat tapi lembut dan pemukaan luar kulit/isi adalah berkilat. Seeloknya kalau beli sotong terus di masak dan jangan disimpan sebab bila sotong disimpan beku kesegaran sotong tu mula berkurangan so bila masak isi sotong dah jadi agak lembek dan mudah mengecut bila dimasak terlalu lama. Saya memang suka sangat makan sotong tapi sekarang saya jarang beli sotong sebab sotong ni tinggi juga kandungan kolesterol so tak berapa elok la kerap sangat makan sotong.

Saya kongsikan Resepi Masakan yang mudah dan senang bagi yang ingin mencuba menu yang ringkas dan yang penting Insha Allah sedap dan berkhasiat untuk anda sekeluarga dan selamat menjamu selera. Jom resepi bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahannya:

  • Sotong (saiz besar) – pemberian jiran hasil mencandat di pantai Mersing.
  • 10 tangkai lada kering – dikisar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Air asam jawa – secukupnya
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara Membuat:

  • Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kisar semua bahan (lada, bawang. buah keras dan serai)
  • Masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5 -6 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

Sotong memiliki kandungan kolesterol yang cukup tinggi dan anda dinasihatkan tidak mengambilnya secara berlebihan kerana akan memberikan efek buruk terhadap kesihatan anda.

Namun, jika dibandingkan dengan menu seafood lain, sotong mempunyai beberapa keistimewaan. Di antaranya; mudah dihadamkan, enak dikunyah kerana tidak memiliki tulang belakang sehingga memudahkan proses pengolahan, mengandungi asid amino esensial yang cukup tinggi, asid amino non esensial, kaya dengan pelbagai mineral, kalium, fostor, kalsium, magnesium dan selenium.

Resepi Sotong Bakar Bersambal ni sedap juga dimakan bersama nasi lemak. Boleh juga dimakan bersama roti. Semuanya terpulang pada selera masing-masing. Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda menyediakan juadah masakan yang sedap dan ringkas buat keluarga tersayang. Selamat mencuba… 😉

Read More: Sotong Sumbat Telur dan Udang Paling Sedap

Resepi Sotong Bakar Bersambal Hidangan Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *