Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Berempah Paling Lazattt – Selamat pagi semua. Macam mane cuti hujung semalam? Ke mane agaknya arah tuju semalam tu ye? Semalam saya rehat-rehat kat rumah saje, rancangan awal macam nak pegi buat lawatan di kawasan-kawsan jajahan saya. hehehe…Mane lagi kalau bukan kedai bakery, tapi takut pula nak pegi. Mungkin tak buka lak kedai semalam. Lupa lak nak tanye macam mane jadual perniagaan diorang. hehehe… Lepas ni kena ingat la, soalan wajib tu. hahaha…

Okey cukup la tu coletehan saya untuk kali ni ye. Cukup pendek kan? takpe sambung besok-besok lak ye. Jom kita berbalik pada resepi pula. Kali ni saya nak kongsikan resepi Sotong Bakar pula. Resepi untuk sambalnya sama macam saya buat untuk ikan bakar hari tu. Sebab hari tu macam tak puas pula makan ikan bakar tu, homemade kan? tu yang buat lagi, buat lagi, buat lagi. huhuhu… Cuma kali ni ade tambahan sotong pula. Nyum-nyum…;-)

Untuk resepi ni, saya menggunakan sotong bersaiz besar ukuran XL mungkin. haa… tengok betape besar saiznya. Nampak aje besar sotong tu. Bukan apa, bila dah siap masak nanti, sotong tu akan mengecil menjadi saiz M pula. Jom la reramai kita tengok ape bahan-bahan yang diperlukan ye…

Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong bersaiz besar ukuran XL

Bahan untuk dikisar:

  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil jintan putih

Cara-cara penyediaan:

  • Perap sotong yang telah dibersihkan bersama bahan kisar selama 1 jam.
  • Balut sotong dan bahan perapan dalam daun pisang kemudian bakar selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
  • Hidangkan bersama air asam dan nasi putih.

Tips:

  • Jangan terlebih masak kerana sotong akan menjadi keras. Anda boleh menggunakan aluminium foil jika tidak menggunakan daun pisang.

Beli sotong yang fresh/segar baru la sedap dimasak bakar macam ni. Bersihkan sotong kemudian digaul dengan serbuk kunyit dan garam sahaja, boleh juga digaul dengan rempah kari . Letak sedikit minyak masak dan biarkan tempat membakara panas dan boleh la dimasak sotong ni. Jangan masak sotong terlalu lama sebab sotong akan jadi liat dan kering.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Cara Masak Sup Ikan Jenahak Paling Sedap

 

Resepi Sotong Bakar Berempah Paling Lazattt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *