Assalamu’alaikum…

Resepi Sotong Bakar Ala Portugis yang Wajib Cuba – Selamat Petang semua… Dilaporkan kudat mendung dan hujan renyai-renyai dari semalam hinggalah ke sekarang. Sungguh heaven tido time-time sekarang ini takpun layan makan kuih panas dan layan kopi atau pun teh. Adoii…asyik nak makan jew, tadi tengahari saya dan suami bergabung masak tuk tengahari ingat nak upload tapi memandangkan laptop senior neh tak support. Terpaksa ditangguhkan dulu. Alhamdulillah sungguh sedap bila suami dan isteri masak, insya allah nanti di upload. Menunya simple sahaja tapi bila masak dengan penuh kasih sayang dan chenta memangler meletup kan… hehehe…

Okey neh resepi sotong Bakar ala portugis, teringat pulak dulu-dulu time kerja kat subang jaya, kalu balik lewat mesti singgah kat giant seksyen 13 tu dan pegi makan kat medan selera dalam tuh selalu jek order nasi putih dengan sotong bakar neh dan layan pulak sup utara pulak tu time lapar-lapar. Takyah nak cakap orang yg lapar jek tau yek. Okey…banyak pulak melalut aku neh. So layanzz this piccas and the resepi.. ye..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong dihiris tiga bahagian
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 4 biji bendi dihiris kasar
  • 3 helai daun limau purut dihiris halus
  • Sedikit minyak untukk menumis
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Dikisar Halus:

  • 6 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji tomato

Cara Membuat;

  • Untuk garlic oil, panaskan empat sudu minyak. Goreng bawang putih hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
  • Masukkan sotong dalam tumisan. Gaul rata.
  • Pindahkan sotong dan rencahnya ke dalam aluminium foil yang dilapik dgn daun pisang. Balut kemas.
  • Bakar dengan menggunakan oven/pemanggang ajaib selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit, buka bungkusan aluminium foil dan taburkan hirisan bendi. Bakar lagi 5 minit.
  • Tutup api. Sebelum menghidang, tuangkan garlic oil dan taburkan hirisan daun limau purut.
    Sedia untuk dinikmati.

Note:

  1. Jika anda ada resdung, belacan bakar boleh dibuangkan daripada resepi ini.
  2. Jika anda tak suka kacang botol, boleh ditukar dengan kacang bendi atau kacang buncis. Jika tak suka sayur, tak payah letak langsung pun boleh
  3. Daun limau purut adalah untuk bau sahaja, kalau tak jumpa then takyah pakai. sama juga dengan daun pisang, lengkuas dan serai. Tapi awas, jangan blender daun limau purut ngan sambal, nanti sambal jadi pahit.
  4. Resepi yg sama boleh dibuat dengan udang, ikan pari atau ikan kembung

Selamat mencuba ya… Semoga berjaya… 🙂

Read More: Ikan Tenggiri Asam Pedas Dengan Nenas Pembangkit Selera

Resepi Sotong Bakar Ala Portugis yang Wajib Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *