Assalamu’alaikum…

Resepi Singgang Tempoyak Ikan Keli – Masakan kegemaran seluruh keluarga. Bila sebut ikan keli, anak-anak akan bersedia lebih cepat di meja makan. Saya pula biasanya akan masak nasi lebih daripada biasa. Kalau diikutkan suami saya tak suka makan ikan pati, keli, haruan tapi semenjak kami kahwin dah jadi kegemarnnya. Sekarang, tak perlu minta dibelikan, kalau ke pasar pasti dibelinya.

Pernah beberapa kali dibelinya ikan keli dan ikan keli yang belum disiang. Apalagi bersilatlah saya nak kerjakan ikan tu. Jadi saya dah siap berpesan, saya suka sangat masak ikan-ikan tu, tapi yang dah siap disiang lagi senang. Kalau tidak, nasiblah si ikan tu terperap dalam besen besar untuk sehari dua. Selain daripada masak tempoyak, ikan keli enak dipanggang dan yang menjadi kegemaran anak-anak saya ialah singgang pedas ala terengganu.

Hari ni saya nak kongsi resepi family saya ni, cukup mudah dan sihat sebab tanpa santan. Cara penyediaan yang cepat dan mempunyai rasa yang berbeza, berbaloi memasaknya sebab anak-anak saya sukakan kuah yang masam dan kombinasi ikan keli yang lemak… memang mantap.

Ikan keli sedap dengan isi yang lembut dan segar memang sedap. ikan keli yang kaya dengan omega 3, baik untuk menurunkan kolesterol dan baik untuk jantung. Jom kita tengok resepinya yang simple bawah ni.

Bahan-bahan:

  • 1 kg ikan keli (siang dan rendamkan dalam air asam + garam kasar)
  • 1 genggam daun kesum
  • 2 batang bunga kantan(belah 4)
  • 3 helai daun kunyit(siat siat)
  • 1 biji lada merah(buang tangkainya sahaja)
  • 1 biji lada hijau(buang tangkainya sahaja)
  • 2 keping asam gelugur@
  • 1 camb air asam jawa(buat pekat)
  • 4 camb tempoyak

Bahan kisar:

  • 2 cm lengkuas
  • 1/2 cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 camt kunyit serbuk
  • 6 biji cili api
  • Garam, serbuk perasa, air secukupnya

Bahan sayur:

  • 1 batang timun(potong ikut suka)
  • 4 biji bendi(buang hujung dan pangkalnya sahaja)

Cara membuat:

  • Masukkan semua bahan kisar kedalam periuk(saya guna periuk tanah) berserta dengan air.
  • Jerang atas api, masukkan ikan, tempoyak, bunga kantan dan daun kesum.
  • Masukkan sayur sayuran, daun kunyit, garam, serbuk perasa dan asam keping@air asam jawa.
  • Biarkan kuah mendidih. Sambil sesekali dikacau, takut kuah membuak.
  • Akhir sekali, masukkan kedua lada….rasa asam garamnya,setelah cukup semuanya…matikan api.
  • Sejukkan dan hidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!

Read More: Resepi Ikan Keli Masak Asam Pedas

Resepi Singgang Tempoyak Ikan Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *