Assalamu’alaikum…

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Popular – Alamak!!! ike singgang?…hahahaha…dah tak ada resepi lain ke nak post…hahaha…semua orang tahu masak resepi ni?..betul tak?

Tak apalah….ike singgang ni bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet, tengah dalam pantang untuk turunkan kolestrol ataupun pantang sakit yang lain…cuma kalau pantang sebab luka tu..tak bolehlah guna ikan aye @ tongkol…gunalah ikan yang tidak berbisa atau beri mudarat. Saya pulak kalau tengah pantang diet memang tak boleh masak lauk ni…bukan apa, sedar tak sedar dah bertambah-tambah nasi pulak..apatah lagi kalau ada ulam-ulam..walamakkk..hancusss dietku.

Ikan yang selalu saya gunakan untuk singgang ialah ikan tongkol, ikan kembung, ikan tenggiri dan ikan merah..dan kadang-kadang ikan selar kuning…kalau kembung pula yang kecil-kecil cinoni tu…wahhh sedap betul kalau singgang. Resepi ni berbeza cara masak dan bahannya mengikut kebiasaan masing-masing tapi bahan asas ialah bawang putih, lengkuas dan asam keping. Kalau mek saya yang masak dia akan masukkan sedikit halia dan kunyit, tapi masa mula-mula kawin dulu saya buatkan ikan singgang versi ni hubby kurang sedikit sedangkan ikan singgang ni kegemaran dia.

Balik kampung mentua, suruh dia ajarkan cara masak yang dia biasa buat..hehehehe..dengan suka hati dia tunjukkan dan lepas tu..beresss…dah lulus…hahaha, even mekpun dah sukakan cara saya menyinggang ikan ni…tambahan lagi kalau kepala ikan tenggiri…waduuhhh..terangkat!! Banyak pula sembang..jomlah..ini resepinya..

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk ikan singgang. Ikan tenggiri boleh juga diganti dengan ikan tongkol/aya, kembung, tamban atau selar. Bagi yang suka sayuran, singgang ni boleh juga ditambah bendi atau kacang panjang.

  • 2 potong ikan tenggiri
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 keping asam gelugor
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji cili hijau
  • 1 batang serai
  • 3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk rasa

Nota: Perbezaan ikan singgang kelantan dan Terengganu: singgang terengganu menggunakan bahan tambahan iaitu kunyit, jadi warna kuahnya kekuningan sedikit. Kat Filipina pun ada singgang, mereka panggil sinigang.

Persediaan bahan-bahan:

  • Potong ikan, bersihkan, kemudian tuskan. Lagi senang kalau kasi potong siap-siap semasa dibeli.
  • Hiris bawang putih dan potong nipis lengkuas.
  • Potong serong serai dan cili hijau.

Cara memasak:

Berikut ialah langkah-langkah untuk memasak ikan singgang.

  • Masukan air, bawang putih, lengkuas, serai dan asam keping ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan tenggiri, cili padi, garam dan gula. Biarkan ia mereneh seketika sehingga ikan empuk (lebih kurang 5 minit). Jangan lama sangat nanti ikan hancur.
  • Rasa samada kuah dah cukup masin dan masam. Singgang sepatutnya sedikit masam.
  • Keluarkan asam keping jika dah cukup rasa masam.
  • Akhir sekali masukkan cili hijau.
  • Masak sekejap kemudian matikan api, angkat dan hidangkan.

Senang kan? makan la dengan nasi panas……pastu picitkan cili padi tu dalam nasi….pedas baru le menyengat !
Selamat Mencuba!!!…

Read More : Kongsi Resepi Bawal Masak Sweet Sour Berperisa

Incoming search terms:

Resepi Singgang Ikan Tenggiri Kelantan Popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *