Assalamu’alaikum…

Menu Ikan masak Singgang Asam Pedas Ikan Merah ni kan.. biasanya dalam seminggu ada la 2 – 3 kali masak menu ni.. Anak-anak saya paling gemar ikan masak macam ni.. Aisya kalau singgang ikan ni.. memang makan bertambah. dia suka hirup kuah singgang. nak-nak kalau makan dengan telur dadar..

Memang suka la tengok dia makan.. kadang-kadang tu kalau masak banyak-banyak lauk dia mintak juga buatkan kuah singgang macam ni.. Bila tanya.. sedap ke? dia kata.. sedap sebab kuahnya tu rasa masam-masam.. Sekarang ni dia dah pandai masak menu singgang ni.. senang dah hidup mamanya bila anak dara dah tunjukkan minat memasak. Umur 10 tahun ni saya dah ajar macam-macam. Cuma bab menggoreng tu saya masih tak berani lepaskan.. Takut la dengan minyak panas… isk…

Simple yet satisfying adalah ayat yang tepat menggambarkan lauk ini…tidak muak dan sedap menghirupnya. Boeh dibuat kosong aje atau dimasukkan sedikit kunyit jika inginkan ianya lebih menarik sedikit. Singgang ini boleh dikategorikan sebagai makanan sihat kerana tidak perlu meggunakan minyak. Semua bahan direbus aje, jika inginkan sayuran bendi cukup sesuai dimasukkan dalam lauk ini.

Sedap dihidang bersama nasi panas bersama ulaman dan sambal belacan.

Bahan-bahan Singgang Asam Pedas Ikan Merah:

  • 4 ekor ikan merah saiz kecil @ 1 ekor saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 inci halia, dititik
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi (optionl)
  • 10 biji cili padi, diketuk
  • 1 batang leek, kerat dan rendam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan

Cara Menyediakan Singgang Asam Pedas Ikan Merah:

  • Ikan disiang, bersihkan dan jika besar kerat pada saiz sederhana.
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih, serai dan serbuk kunyit hingga harum.
  • Tuang air secukupnya (yang ini anda agak2 lah yea nak banyak mana).
  • Bila mendidih masukkan asam gelugor, cili padi, leek (toskan) dan kiub ikan bilis (jika guna).
  • Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  • Kacau perlahan dan biar mendidih hingga ikan masak.
  • Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  • Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan…

So simple dan sihat kan? Jangan lupa tau, kurangkan garam dan gula.
Resipi ni memang sesuai untuk orang yang tengah nak kuruskan badan. Ia pun mesra detoks parasit tau.
Tapi kalau cicah dengan budu atau sambal belacan, kene bersabar jelah dengan portion nasi kalau orang tengah berdiet ni…hehehe
Ok, selamat mencuba. 😀

Read More: Resepi Singgang Ikan Tongkol Terengganu Style Istimewa

Resepi Singgang Asam Pedas Ikan Merah yang Ringkas, Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *