Assalamu’alaikum… Salam Sejahtera…

Saya pernah post Resepi Siakap Stim Taucu di blog ini tetapi yang itu adalah yang biasa-biasa ajer. Yang ini dah jadi versi lain. Dari kaedah suka mereka-reka resepi maka terjadilah ikan stim taucu sambal belacan. Bila main campak-campak dan hasilnya menjadi, terasa bangga dengan diri sendiri sekejap. Eh..tak la ..sebenarnya rasa pelik sebabnya bila masa masak ikut resepi yang betul-betul tak la sedap sangat dan bila main campak-campak, menyengat pulak rasanya.

Dah tiga malam saya stim ikan sebegini. Malam pertama saya masak semasa sepupu saya sekeluarga datang dari Manjung. Malam yang keduanya, anak saya mintak stimkan ikan bawal sebegini dan malam yang ke tiga suami pulak mintak buatkan sekali lagi.

Nak stim ikan memang senang . Selain dapat mengekalkan rasa manis dan freshnya ikan, ianya juga bagus untuk kesihatan. Tetapi kalau nak stim ikan kena pastikan ikan yang digunakan betul-betul ‘fresh’. Begitu juga dengan bahan-bahan yang digunakan. Gunakan hanya halia muda dan sos yang digunakan biarlah yang berkualiti timggi. Memang berbeza rasanya.

Lagi satu semasa nak letakkan ikan ke dalam pengukus, pastikan pengukus dah berwap berkepul-kepul. Masa tu baru letakkan ikan. Nanti barulah rasanya cun. Dan satu lagi pesanan penaja. Lepas kukus ikan tu, buang dulu air yang keluar dari ikan tersebut sebanyak mana yang mungkin. Tumis di kuali yang lain dan tuangkan ke atasnya. Lepas itu kalau nak stimkan sekejap dalam 1 atau dua minit lagi bagus.

Ok…ni dia resepinya. Tapi yang ni memang saya agak-agak. Masa memasak tu dah jadi tabiat tak pernah nak mencatat jadi apa yang saya ingat ajelah ye…

Baca Juga: 

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar holland (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang lobak merah saiz kecil (dihiris halus)
  • 5-6 biji cili padi (dihiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)

Bahan sos :

  • 1-2 sudu makan taucu
  • 50 ml air atau lebih
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • Sedikit gula
  • Lain-lain : jus limau nipis dan hirisan daun sup.

Cara-cara :

  • Sediakan pengukus. Jerangkan airnya hingga mendidih. Sediakan bekas tahan panas. Letak ikan di dalamnya. Susunkan bahan-bahan hirisan di atasnya.
  • Sementara itu, satukan semua bahan sos dan kacau. Siramkan ke atas ikan tadi hingga rata.
  • Kemudian dikukus hingga masak lbh kurang 20-25 minit.
  • Buka penutup kukus, perahkan jus limau nipis dan kacau sedikit kuahnya. Taburkan sedikit daun sup. Kukus lagi lbh kurang 2-3 minit.
  • Setelah masak, hidangkan panas2.

Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garamkerana taucusudah mempunya rasa masin yg kuat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Read more: Resepi Spesial Sardin Goreng Sambal Sedap

Resepi Siakap Stim Taucu Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *