Assalamu’alaikum…

Resepi Siakap Stim Limau Nipis Ala Thai Paling Sedap – Ada banyak jenis ikan yang boleh dimakan dan dimasak sedap. Salah satunya adalah ikan siakap. Ikan siakap boleh dimasak dengan cara apapun, saya lebih suka masak ikan siakap stim limau ala Thai. Sebenarnya ikan apapun boleh dimasak stim, tetapi ikan siakap mempunyai rasa lebih lazat daripada yang lain semasa dimasak stim.

Memang sedap resepi ikan siakap stim limau ala thai ini. Minggu ini saya sekeluarga memang kurang makan ikan, terfikir sebat juga nak makan kat luar. Lebih baik buat sendiri di rumah, bahan-bahannya pun mudah sahaja.

Anda yang mempunyai skill masak tidak perlu masa lama buatnya. Saya menyediakan ikan siakap stim terakhir selepas acara majlis tahun lalu. Masa itu teman-teman saya boleh meratah begitu sahaja. Jom tewngok resepi ni jomm..!!

Bahan-bahan Siakap Stim Limau Nipis Ala Thai:

  • Seekor ikan siakap saiz sederhana besar (sebenarnya ikan lain selain siakap pun boleh contohnya ikan bawal, tetapi mungkin ikan siakap mempunyai rasa yang lebih sedap dengan resepi masak stim)
  • 1 inci halia (dipotong kasar atau memanjang)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Garam, serbuk perasa dan sedikit gula
  • 2 sudu sos ikan / optional
  • Sedikit sos tiram / optional
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar / dihiris besar
  • 3/4 biji limau nipis/limau kasturi (diperah dan diambil airnya sahaja tanpa biji)
  • 2 biji cili merah / dihiris kecil
  • 5-6 biji cili api / dihiris kecil – untuk lebih pedas boleh tambah lagi
  • Daun ketumbar dan salad / untuk hiasan
  • Cili merah / untuk hiasan

Cara memasak Siakap Stim Limau Nipis Ala Thai:

  • Bersihkan ikan siakap dan sapukan dengan sedikit garam.
  • Kukus ikan dengan sedikit air selama 15-20 minit bergantung kepada saiz ikan.
  • Sementara menunggu ikan siakap masak, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang dan halia. Kacau sehingga sedikit layu.
  • Kemudian masukkan air sebanyak mana yang anda mahu untuk dijadikan kuah. Jika anda penggemar makanan berkuah, boleh lebihkan air tetapi disarankan sebanyak 2 cawan air.
  • Masukkan cili api, terus kacau perlahan-lahan.
  • Masukkan ikan siakap.
  • Bila ikan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan jus limau, garam dan perasa serbuk.
  • Kacau sebati dan siram ikan dengan kuah secara perlahan-lahan agar ikan tidak hancur. Biar merenih sedikit.
  • Angkat ikan dan sedia untuk dihidangkan. Hias dengan taburkan daun ketumbar dan salad.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa Sedap Dan Simple

Incoming search terms:

Resepi Siakap Stim Limau Nipis Ala Thai Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *