Assalamu’alaikum…

Resepi Siakap Goreng Paprik Paling Sedap Terkini – Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17). Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian. Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Okey, sekarang kita berbalik ke resepi yang akan saya kongsikan tentang Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup yang Mudah dan Simple Sangat untuk kawan-kawan semua. Setiap kali kalo ke pasar mesti my suami beli ekor ikan siakap, sampai dah tak tau nak masak dengan ikan siakap. Asyik-asyik sweet and sour, kukus , goreeng bercili,berlado, segala macam yang cili-cili dah cuba. Suatu petang nan senja, angin malas melanda, maka mengoogle lah saya mencari resipi yang tak payah nak masak banyak-banyak jenis. Jom, tak usah banyak cakap lagi…kita langsung saja tengok resepi mudah tetapi sangat sedap bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan siakap digaramkunyitkan
  • Minyak untuk menggoreng ikan
  • 2 batang serai dititik
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Bahan perasa/garam/gula
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 1 batang lobak merah – dihiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala – dihiris memanjang
  • 1 biji limau nipis

Bahan-bahan dikisar:

  • 5 biji cili merah
  • 4 – 5 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit air

Cara Membuat:

  • Ikan dilumur dengan garam dan kunyit, goreng sehingga warna kekuningan. Ketepikan.
  • Gunakan sedikit minyak gorengan ikan tadi untuk menumis bahan kisar beserta dengan serai yang dititik. Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula, sedikit air, dan bahan perasa. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
  • Selepas itu masukkan air limau nipis, bawang besar, yang dihiris bulat, cili benggala, lobak merah, dan daun limau purut. Masak selama 5 ke 10 minit.
  • Kemudian tuang kuah di atas ikan siakap yang digoreng tadi.
  • Hidangkan bersama nasi panas.

Khasiat Halia:

  1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
    Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  2. Memulihkan Mabuk Dalam Perjalanan.
    Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
  3. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Dalam Usus.
    Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
  4. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
    Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen.

Sangat mudah untuk membuat resipi ini, sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat laman web kami. Kami akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Stim Halia Paling Sedap Terkini

Resepi Siakap Goreng Paprik Paling Sedap Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *