Assalamu’alaikum…

Pagi ini saya just nak kongsi Resepi Seafood Paprik Ala Thai yang dimasak petang tadi. Telah lama tak masak lauk ala Thai ini. Permintaan daripada anak bongsu. Tapi kekurangan sayur-sayuran. Seafood baru sahaja dibeli oleh Encik Hasben pagi tadi. Cuma ada kacang buncis sahaja. Nasib baik dalam peti ais ada cili benggala, cili padi, serai, dan daun limau purut. Inilah bahan-bahan yang menaikkan aroma masakan seafood paprik ini.

Resepi ini saya dapat ketika saya berkunjung ke rumah saudara di kuala lumpur. Saudara saya pandai masak seafood masak paprik ini kerana rasa dan warnanya sangat cantik. Resepi ini asal dari Negara Thailand oleh kerana itu dinamakan ala thai. Yang paling utama masakan ini sangat simple sedap dan cepat untuk disediakan.

Peminat tegar makanan seafood ni dah semestinya si anak bongsu, tapi badan tak naik-naik lagi. Sampai ustaznya pesan suruh ambil ubat cacing. hehehe… Balik sekolah terus cakap dengan saya ” mama kena ambil ubat cacing lah, ustaz kata makanan yang Isyah makan tu, kebanyakan cacing yang makan, tu yang tak gemuk” hahaha ada-ada jer ko Isyah.. Okeylah kamu ni pun dah 8 tahun patut kena ambil dan ambil injection untuk umur 8 tahun ni.

Jom intai resepi kekawan.

Bahan-bahan:

  • 4-5 ekor sotong, potong bulat
  • 8 ekor udang, bersihkan dan buang kulit
  • 3 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 inci halia, potong mancis
  • 1 batang serai, ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar, carikkan
  • 4 helai daun limau purut
  • 6 biji cili padi, tumbuk bagi pecah
  • Kacang panjang
  • Jagung kecil
  • Bunga kubis
  • Carrot
  • Sedikit minyak, untuk menumis

Bahan untuk sos:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1-2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
  • Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
  • Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung kecil dan karot.
  • Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.
  • Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm…Sedaappp!!!

Bagaimana mudah kan Resepi Seafood Paprik Ala Thai yang saya nak kongsi ini??? Anda pasti ingin segera cuba dirumah kan??? Terima kasih anda sudah mau berkunjung di blog saya yang sederhana ini. sampai jumpa di artikel seterusnya. Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Singgang Tempoyak Ikan Keli

Resepi Seafood Paprik Ala Thai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *